Tuesday 31 March 2020

Jalinan

Pengenalan
  • Jalinan ialah sifat dan kesan- kesan yang memecahkan kualiti permukaan sesuatu objek seperti kasar, halus, kesat, licin dan lain- lain.
  • Sifat permukaan sesuatu objek itu boleh dikesan secara tampak atau sentuhan.
  • Jalinan boleh didapati di permukaan objek- objek alam semula jadi dan objek buatan manusia.
  • Sesuatu jalinan mungkin selicin cermin, selembut sutera, sekesat kulit kayu atau setajam duri landak.
  • Kita dapat menjadikan sesuatu lukisan lebih menarik dengan menambahkan jalinan.
Jalinan semula jadi ciptaan Tuhan

Edible Indoor Pineapple Plant - Ananas comosus. | YouGarden
Buah nanas mempunyai jalinan kasar, berduri dan tajam

Carambola (Starfruit) – Fruit & Spice Park
Buah belimbing mempunyai jalinan licin

Jalinan buatan manusia

All Passengers Safe As Monorail Conducts Train To Train Evacuation ...
Jalinan sebagai hiasan

Inilah Teknik-Teknik Membatik yang Harus Sahabat Ketahui!
Jalinan dalam kraf batik


Jenis- jenis Jalinan
  • Jalinan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.
a) Jalinan sentuh
  • Jalinan sentuh dapat dirasai melalui deria sentuh dan boleh dilihat.
  • Antara contoh- contoh jalinan sentuh alam semula jadi ialah kulit kacang, kulit pokok dan buah durian.
  • Antara contoh- contoh jalinan sentuh buatan manusia ialah rantai, tayar kereta, tikar, tuala dan bakul anyaman.
  • Dalam catan, jalinan sentuh boleh dihasilkan melalui catan teknik impasto iaitu palitan warna tebal.

Jalinan sentuh semula jadi



8 Things You Need To Know About Durian Fruit: The World's ...

Kulit buah durian



kerang - KELUARGA

Kulit kerang
500+ [HQ] Wooden Pictures | Download Free Images on Unsplash
Permukaan kayu

People Are Just Realising How Long Owls Legs Are And It's Freaking ...
Bulu burung

Jalinan sentuh buatan manusia


Jangka Hayat Tayar Kereta (Wajib Tahu Kalau Pandu Kereta)
Permukaan tayar

Koleksi duit syiling Malaysia (Malaya) - Unikversiti
Duit syiling

AlifGold: Jenis-jenis rantai leher?
Rantai


b) Jalinan Tampak
  • Merupakan kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan.
  • Jalinan ini boleh dilihat secara ilusi pada benda alam dan juga karya seni.
  • Contoh jalinan tampak ialah kertas pembalut, corak kain capan, kulit tembikai, sayap rama- ramadan lain- lain.

Jalinan tampak semulajadi



Watermelon | Discover Magazine

Kulit buah tembikai

Apr 4 Breastfeeding Questions Answered with Board Certified ...
Kepak rama- rama

Fish scales made into biodegradable energy generator | TreeHugger
Sisik ikan

Jalinan tampak buatan manusia


Tajuk: Bulan & bintang di langit hatiku
Pelukis: Ismail Latiff
Media: Catan

Mengenal Kain Batik Buatan Indonesia — Steemit
Corak kain


Sifat- sifat Jalinan
  • Terdapat pelbagai jenis sifat jalinan yang terdapat pada alam semula jadi dan buatan manusia.
  • Sifat- sifat jalinan ini dimanipulasi oleh pelukis untuk memberi kesan lukisan objek yang lebih terperinci dan realistik.
  • Antara sifat- sifat jalinan ialah:
a) Kasar seperti kulit ikan pari, kulit kayu atau kertas pasir.
b) Lembut seperti permaidani, kain, kapas atau bulu haiwan.
c) Tajam seperti kulit buah durian.
d) Halus seperti sayap rama- rama dan kain sutera.
e) Licin seperti permukaan cermin, kulit buah pisang, dan lain- lain.


DSC_0655 Kulit kayu | Kalau diperhatikan betul-betul anda ak… | Flickr
Kasar

Why do cats have slit-shaped eyes? | Cosmos
Lembut

4Ft X 3Ft (122cm X 91cm) Mirror Glass 4 Holes Home Gym Or Bathroom ...
Licin

In Summer, Eat Pineapple! | Features | Okinawa Travel Info
Tajam

Pure Silk – Jakel
Halus


Fungsi- fungsi Jalinan

a) Jalinan sebagai pernyataan
  • Jalinan boleh dihasilkan melalui penggunaan pen, pensel, kapur, dan sebagainya.
  • Jalinan dihasilkan melalui penggunaan bahan seperti buluh, rotan, benang, dan sebagainya untuk menjadikan benda.
b) Jalinan sebagai hiasan
  • Jalinan dihasilkan untuk nilai estetik atau seni grafik.
  • Jalinan juga digunakan untuk hiasan berfungsi.
c) Jalinan manipulasi pelukis
  • Jalinan digunakan oleh pelukis sebagai elemen menyampaikan maklumat.
  • Pelukis menggunakan jalinan juga untuk melahirkan ton, bentuk serta ruang pada karyanya.
  • Sebagai contoh, lukisan berjudul Sunflower karya Vincent Van Gogh. Lihat bagaimana warna yang pekat dapat menjadikan lukisan kelopak bunga kelihatan realistik. Ia terhasil melalui menambah jalinan pada imej berkenaan.
Tajuk: Sunflower
Pelukis: Vincent Van Gogh


d) Jalinan mencipta ruang
  • Jalinan berupaya untuk menukar kualiti kawasan kosong dan satu warna untuk menghasilkan ruang.
  • Jalinan digunakan untuk melahirkan kesan 3 dimensi sehingga menghasilkan bentuk dan ruang dalam satah gambar.
e) Jalinan sebagai perlindungan dan keselamatan
  • Jalinan memberi perlindungan daripada musuh.
  • Terdapat haiwan yang mempunyai jalinan serta warna seakan- akan sama dengan persekitaran dan membolehkannya membuat penyamaran seperti rama- rama, ketam, ikan dan belalang.
  • Kulit buah durian yang berduri memberi perlindungan isi buah tersebut.
Jalinan sebagai perlindungan melalui penyamaran suasana persekitaran


Bunga tayar yang berjalinan memberi cengkaman yang baik ketika kenderaan bergerak di permukaan licin atau berair

Teknik Menghasilkan Jalinan


Jalinan dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik selain daripada teknik formal melukis iaitu melalui anyaman, tenunan, capan, pualaman, kolaj dan sebagainya.

a) Teknik Gosokan
  • Jalinan sentuh pada sesuatu objek boleh dipindahkan ke atas permukaan rata untuk menghasilkan jalinan tampak.
  • Teknik ini akan menghasilkan jalinan yang lebih halus, asli dan nyata dengan objek sebenar.
b) Teknik Anyaman
  • Teknik anyaman boleh menghasilkan corak yang indah dan menarik.
  • Antara motif atau kelarai anyaman yang terkenal ialah kelarai bunga melur dan kelarai pecah lapan.
c) Cetakan
  • Jalinan boleh dihasilkan melalui torehan, ketukan dan garisan.
  • Penggunaan pisau ukir tajam serta kayu lembut (jelutung) memudahkan kerja- kerja mengukir.
  • Dakwat cina yang dicampur kanji adalah bahan gantian warna minyak untuk cetakan lino.
  • Bahan- bahan tumbuhan seperti batang betik dan kacang bendi boleh dicap terus di atas kertas.
  • Teknik kolograf iaitu menggunakan bahan- bahan berjalinan juga boleh menghasilkan karya yang baik.
d) Teknik Pualaman
  • Teknik yang mudah dan menarik hasilnya.
  • Proses teknik ini menggunakan warna, bahantara minyak dan air. Kertas akan diterap di atas permukaan bahan tadi untuk mendapatkan jalinan.
  • Hasil teknik ini boleh dijadikan kad ucapan, kertas pembalut dan sebagainya.
e) Teknik Lukisan
  • Jalinan boleh dihasilkan dengan pelbagai media seperti pensel, pen dan berus.
  • Jalinan melalui teknik lukisan dijadikan alat atau bahasa visual seperti halus, tebal, nipis, kasar malahan mewakili objek tertentu.
f) Teknik- teknik Lain Menghasilkan Jalinan
  • Teknik- teknik lain ialah tekapan, renyukan, cakaran, sulaman, stensil, membatik, kolaj, ukiran, impasto, percikan, renjisan dan resis.



Monday 30 March 2020

Bentuk

Pengenalan

  • Bentuk mempunyai struktur, jisim dan isipadu.
  • Bentuk mempunyai lebih daripada satu permukaan datar.
  • Ia bersifat 3 dimensi (3D) iaitu mengandungi tinggi, lebar dan dalam (depth).
  • Perbezaan bentuk dengan rupa ialah rupa mempunyai tinggi dan lebar sahaja.
  • Bentuk mempunyai rangka yang membolehkannya menampilkan ton atau isipadu dengan cara tepat dan sempurna.
  • Bentuk pada alam boleh dilihat melalui pelbagai sudut pandangan seperti karya- karya seni arca.
  • Bentuk dalam lukisan, catan atau cetakan hanya dapat dilihat daripada satu sudut sahaja.
Pine Cone And Needles Clipart - Cone 3d Shape Clipart , Free ...
Bentuk kon

Cube Shape Clipart Black And White
Bentuk kiub

Figure Drawing In Pencil. Sitting Man. Stock Illustration ...
Bentuk manusia

17 Best DRAWINGS - BAGS images | Drawing bag, Bags, Bag illustration
Bentuk tas tangan

Jenis- jenis Bentuk
  • Bentuk boleh dikategorikan kepada dua iaitu:
    a) bentuk konkrit
    b) bentuk ilusi (maya)

a) Bentuk Konkrit
  • Bentuk konkrit adalah objek- objek yang mempunyai sifat yang boleh disentuh, dilihat dan dipegang.
  • Ia mempunyai ciri- ciri yang nyata dan benar, wujud pada bentuk iaitu berat, berjisim dan bersifat tiga dimensi (3D).
  • Contoh- contoh bentuk konkrit wujud pada alam semulajadidan buatan manusia seperti haiwan, flora, fauna, kenderaan, perkakas dapur, alat elektronik dan sebagainya.
  • Ia boleh dilihat dari pelbagai sudut.
MPV LANDSKAP DAN NURSERI: CANTIKNYA TAMAN BERBUNGA INI...

KERIS | semut

Keunikan labu sayong | Harian Metro

Beragam Jenis Kayu Ukir Khas Indonesia Dan Finishingnya - Cat Kayu
Contoh- contoh bentuk konkrit pada alam sekeliling

b) Bentuk Ilusi

  • Bentuk ilusi ialah bentuk objek yang dihasilkan melalui gambaran dalam lukisan, catan, cetakan, atau di atas permukaan yang rata.
  • Ia bersifat dua dimensi (2D).
  • Teknik penghasilan bentuk ilusi ialah olahan garisan, jalinan, warna, ton dan ruang.
  • Bentuk ilusi tidak dapat disentuh atau dirasa dan hanya dinikmati melalui deria lihat.
How to Draw on a Tiny Budget: Single Pencil Drawing
Media pensel 
Menggunakan unsur garisan, ton dan jalinan

Poster Color Paintings Online: Buy Poster Color Paintings by Top ...
Media warna poster
Menggunakan unsur ton

How to Paint Rocks -- Value and Shape for Minerals Done Right
Media warna air
Menggunakan unsur ton

Pastel Colour paintings
Media pastel
Menggunakan unsur garisan dan ton

Autumn oil painting with Tim Dobert — Vischer Ferry General Store
Media cat minyak
Menggunakan unsur ton dan jalinan
Hubungan Garisan dan Bentuk
  • Garisan dapat mencipta bentuk konkrit dan bentuk ilusi.
  • Bentuk- bentuk konkrit boleh dihasilkan melalui garisan anyaman buluh, rotan atau seni tembikar teknik lilitan, ukiran dan sebagainya.
  • Bentuk- bentuk ilusi dalam lukisan dan catan boleh dihasilkan dengan menggunakan pensel, pen dan berus. Garisan mencipta bentuk. Dalam cetakan pula, bentuk boleh dihasanilkan melalui torehan, garisan dan gigitan asid.
Keranjang Anyaman Rotan | Rumah Kreatif BUMN
Anyaman rotan

From My Craft Corner: 2012
Lilitan tali

Bakul anyaman tangan yang dibuat dengan kasih sayang - IKEA
Anyaman bakul
Hubungan Rupa dan Bentuk
  • Rupa dapat mencipta bentuk.
  • Bentuk- bentuk ilusi yang dihasilkan melalui rupa adalah berbentuk lukisan dengan menggunakan pen, pensel, berus atau warna menggunakan pendekatan ton, terang gelap dan bayang.
  • Bentuk- bentuk konkrit yang dihasilkan melalui rupa adalah seni tembikar teknik kepingan, polihedra, topologi, origami dan sebagainya.
3D-Shapes and Nets of Polyhedra | Fitz 6 Math at Freeport Middle ...
Contoh rupa untuk mencipta bentuk konkrit melalui aktiviti dan teknik polihedra
Aplikasi Bentuk dalam Karya Seni

Water Colour Painting Course with Certification - The Living Walls
Catan

Nota Arca Pages 1 - 22 - Text Version | AnyFlip
Arca

KEINDAHAN TEMBIKAR TRADISIONAL TERENANG WARISAN NEGERI PAHANG Mohd ...
Tembikar

Wednesday 11 March 2020

Rupa

Pengenalan
  • Rupa adalah kawasan rata yang membezakan ruang dengan ruang lain di sekelilingnya. 
  • Rupa juga adalah hasil dari penghujung sesuatu garisan yang bertemu dengan permulaannya.
  • Ia bersifat dua dimensi (2D) dan tidak berjisim.
  • Rupa boleh dibezakan melalui warna, jalinan atau garisan.
  • Rupa juga wujud secara ilusi walaupun tiada garisan sempadan (outline) iaitu dibezakan dengan perbezaan warna.
  • Rupa dapat dilihat secara negatif atau positif.
  • Rupa positif kelihatan timbul manakala rupa negatif kelihatan tenggelam. 
  • Rupa digunakan untuk menghasilkan seni grafik seperti logo dan menghasilkan motif untuk sesuatu reka corak. 
Jenis- jenis Rupa


1. Rupa Organik
  • Rupa organik adalah berkeadaan bebas garis sempadannya dan tidak bersudut.
  • Sempadan rupa organik sering berubah- ubah seolah- olah ia hidup melalui pengecilan atau pengembangan garisan sempadannya.
  • Rupa biasa direka secara spontan dan tidak sengaja.
  • Contoh- contoh rupa organik ialah kawasan tumpahan cecair, kelopak air dan 'decalcomania'. Rupa- rupa bebas tanpa sudut yang lainnya seperti kabur, elastik, plastik dan sebagainya.
  • Contoh- contoh rupa organik:

 Paint Splash PNG by AbsurdWordPreferred on DeviantArt

Tumpahan

Splatter Splatterpaint Red Splash - Watercolor Red Paint Splatter ...
Renjisan

behind of : decalcomania | BTS ARMY INDONESIA AMINO Amino
Decalcomania

2. Rupa Geometri
  • Rupa geometri adalah rupa- rupa yang mempunyai sempadan yang khusus, tepat dan mempunyai sudut.
  • Kebiasaannya dihasilkan dengan menggunakan alat- alat geometri.
  • Direka dengan sengaja.
  • Contoh- contoh rupa geometri ialah segi tiga, segi empat, bulat, heksagon dan sebagainya.
Geometric Design Png, Transparent Png , Transparent Png Image ...
Rupa- rupa geometri
3. Rupa Alam Semula Jadi   
  • Rupa alam semula jadi digunakan sebagai sumber ilham penciptaan reka bentuk corak atau gubahan sesuatu kerja seni.
  • Contoh- contoh rupa alam semula jadi ialah rama-rama, bunga, daun dan sebagainya.
Black Palm | Prints, Background patterns, Patterns in nature Library of daisy flower svg freeuse download black and white png ...
Contoh- contoh rupa alam semula jadi
4. Rupa Buatan Manusia 
  • Hampir kesemua objek buatan manusia berdasarkan rupa geometri yang bersudut.
  • Ukuran dan kadar banding yang tepat menjadikan objek- objek berkenaan berfungsi dengan baik serta memberi nilai estetik yang tersendiri.
Simple House Clipart SilhouetteCar black and white auto black and white clipart - WikiClipArt
Contoh- contoh rupa buatan manusia
Rupa Positif dan Rupa Negatif 
  • Rupa positif ialah rupa sesuatu benda yang terletak di dalam kawasan tertentu dan ia menjadi unsur utama dalam gubahan dan rekaan.
  • Ia kelihatan timbul daripada bahagian latar.
  • Rupa negatif pula ialah ruang di sekeliling atau latar rupa sesuatu benda.
  • Rupa negatif kelihatan tenggelam daripada rupa utama.
  • Dalam seni grafik, latar juga sering kali menjadi bahan utama dalam gubahan dan rekaan.
Positive and Negative Spaces | Murderati
Rupa negatif dan rupa positif
Fungsi Rupa dalam Karya Seni Visual

1. Ragamhias
  • Menghasilkan corak berpandukan garisan grid atau tanpa garisan grid.
  • Digunakan terutamanya dalam menghasilkan fabrik seperti kain langsir, batik, dan sebagainya.
2. Rekaan Grafik
  • Rupa mempengaruhi karya grafik seperti poster, risalah, iklan, logo dan sebagainya.
  • Rupa sering digunakan kerana imej dihasilkan jelas, kemas dan mudah.
3. Catan
    • Rupa dihasilkan berdasarkan perbezaan warna dan kepelbagaian warna  
      4. Cetakan
      • Kesan rupa dihasilkan melalui torehan kayu atau gurisan plat. Sesuai untuk cetakan di atas kertas.
      • Cetakan jenis stansil digunakan untuk menghasilkan cetakan di atas kepingan kain atau kertas.