Saturday 25 April 2020

Kesatuan

Pengenalan

  • Sesuatu rekaan yang baik mempunyai kesatuan (unity).
  • Kesatuan pada sesebuah rekaan itu tercapai apabila ke semua unsur- unsur di dalamnya menjadi satu idea ataupun tema yang menyeluruh.
  • Sekiranya terdapat satu atau lebih bahagian rekaan atau corak yang bercanggah dengan bahagian lain, maka gubahan itu tidak akan mempunyai kesatuan.
  • Kesatuan menjadikan sesuatu reka corak itu lengkap.
  • Kesatuan dan kepelbagaian saling lengkap melengkapi seperti ruang negatif dan positif, jalinan tampak dan sentuh atau ruang ilusi dan ruang konkrit.
Wau (Jasmeen Tek) | Traditional Malay Games
Warna kontra, harmoni, kepelbagaian, dan elemen imbangan simetri tulen digunakan untuk menyerlahkan keindahan wau.


Chop Suey (painting) - Wikipedia
Tajuk: Chop Suey
Pelukis: Edward Hopper

Unsur- unsur bentuk, kontra, rupa dan ruang dapat dilihat dengan jelas.
  • Sesebuah karya seni yang baik tidak dapat mencetuskan keunikan dan keindahan dengan hanya menggunakan satu elemen seni tetapi perlu disokong dengan elemen- elemen lain.
  • Dalam melukis bentuk manusia, di samping kadar banding, unsur jalinan, bentuk dan ruang perlu digabungkan.
  • Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) merupakan perkara yang sentiasa dititikberat oleh pelukis untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik.
Siri tari XII by Yusof Ghani on artnet
Tajuk: Siri Tari XII
Pelukis: Yusuf Ghani

Karya Yusuf Ghani di atas menerapkan unsur garisan, elemen pergerakan dan warna kontra untuk melahirkan kesan dramatik.

Bouquet of roses in a vase Paintings by Olha Darchuk - Artist.com
Unsur kepelbagaian, imbangan dan kesatuan jelas digunakan dalam catan di atas.

Kesatuan pada Alam Semula Jadi
  • Pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan dan serangga mewarnai dunia ini.
  • Ia mewujudkan kesan kesatuan yang indah, menarik dan ceria.
  • Ia terhasil melalui warna yang sama, jenis yang sama, tema yang sama dan rupa bentuk yang sama.
Rafflesia Safari - Private
Jalinan yang sama pada tumbuhan

Lavender Garden 2019! Wah cantiknya! Lokasi best untuk bercuti ...
Tumbuh- tumbuhan yang sama

Kesatuan pada Benda Buatan Manusia
  • Kesatuan wujud apabila rekaan itu mempunyai tema yang sama seperti set hiasan ruang tamu, set kusyen dan warna yang sama.
  • Kesatuan pada barangan kraf pula wujud melalui penggunaan bahan yang sama atau motif yang diulang- ulang adalah sama.
Bagai Rumah Peranginan - Her Inspirasi
Corak ukir yang sama pada perabot mewujudkan kesatuan

𝗜 𝗔𝗠 𝗢𝗗 🦖 on Twitter: "Aku berkenan giler karpet corak mcm ...
Motif corak yang sama

Kesatuan dalam Karya Seni Visual
  • Penghasilan kesan kesatuan dalam karya seni visual akan menjadikan karya lebih lengkap, teratur dan sempurna.
  • Ia terhasil melalui penggunaan tema yang sama dan hubungan bahan dengan alat adalah berkaitan dalam catan.
  • Dalam seni cetak pula, garisan dan rupa yang dipaparkan adalah hampir sama dan berulang- ulang.
  • Penggunaan warna harmoni dan ton mengukuhkan elemen kesatuan pada karya seni grafik.
Penerapan Prinsip Kesatuan dalam Seni Visual
  • Kesatuan melalui jalinan- reka corak yang mempunyai kesan- kesan jalinan yang sama jenis corak yang dihasilkan daripada kesan jalinan bertitik atau bergaris.
  • Kesatuan melalui warna- reka corak yang menggunakan warna- warna harmoni.
  • Kesatuan melalui bentuk- reka corak yang mempunyai bentuk yang sama jenis seperti objek- objek yang berbentuk bulat. 

No comments:

Post a Comment