Tuesday 21 April 2020

Kepelbagaian

Pengenalan

  • Kepelbagaian adalah penggabungan pelbagai idea unsur seni, prinsip seni, dan persembahan dalam menghasilkan karya seni.
  • Tujuan kepelbagaian ialah untuk mengelakkan kesan hambar dan kebosanan dalam sesuatu rekaan serta memberi tenaga dan daya tarikan kepada sesuatu rekaan.
  • Karya seni yang baik ialah apabila kita menggunakan semua unsur seni dan prinsip rekaan.
  • Kepelbagaian boleh dihasilkan dari segi susunan dan gayaan unsur- unsur seni yang menggunakan konsep kontra.
  • Penegasan adalah prinsip yang mempertingkatkan kepelbagaian kerana ia mewujudkan kesan timbul dan tenggelam dalam sesuatu karya.
  • Harmoni pula mempertingkatkan kesatuan dalam menyatukan unsur- unsur seni.
The hair-navel picture Posters and Prints | Posterlounge.co.uk
Tajuk: The hair-navel picture
Pelukis: Kurt Schwitters

Kepelbagaian rupa dalam catan

Kenali 5 Tipe Ukiran Tradisional dari Berbagai Wilayah di Indonesia
Kepelbagaian corak pada panel ukiran kayu

Kepelbagaian Pada Alam Sekeliling
  • Kepelbagaian wujud pada alam sekeliling seperti pada tumbuh- tumbuhan flora atau fauna, gunung- ganang atau cakerawala.
  • Dengan wujudnya kepelbagaian, hidup manusia sentiasa ceria dan dapat menikmati bersama anugerah ciptaan Tuhan ini.
a) Kepelbagaian pada benda alam
  • Kepelbagaian pada benda alam akan memberi pelbagai variasi keindahan.
  • Pelbagai jenis bunga, serangga, warna dan jalinan memeriahkan dan menjadikan dunia ini sangat menarik dan indah.
Grafik/Gambar | MARI MENGENAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Idea untuk reka bentuk gerbang taman


How to Make a Butterfly Garden

b) Kepelbagaian pada objek buatan manusia

  • Manusia sering menggunakan pelbagai objek yang bercorak, berwarna, berjalinan dan sebagainya.
  • Tujuannya ialah untuk menarik perhatian dan merangsang perhatian orang ramai.
PressReader - Harian Metro: 2017-03-02 - 'MENYOLEK' PERAHU KOLEK
Kepelbagaian warna dan motif corak digunakan sebagai hiasan pada badan perahu nelayan

Ini Rupanya Cara Pemakaian Kain Batik Dan 'Maksud' Yang Sebenar ...
Kepelbagaian pada corak pakaian

c)  Kepelbagaian dalam seni visual

  • Kepelbagaian juga dapat ditimbulkan melalui penggunaan jalinan rupa, bentuk dan warna.
  • Unsur- unsur seni dan prinsip rekaan yang sesuai diolah dan disatukan untuk menghasilkan kepelbagaian.
  • Antara bidang seni yang menerapkan unsur kepelbagaian ialah poster, logo, cetakan, catan, ukiran, seni lanskap dan lain- lain.
  • Hasil kraf amat menarik sekiranya elemen kepelbagaian motif jalinan dan corak diberi perhatian.

55+ Creative Poster Ideas, Templates & Design Tips - Venngage

Poster



Boboiboy The Movie Archives

Animasi

Tempat menarik di Kuching, Sarawak (WAJIB Singgah) | Syoknya Travel

Arca
d) Kepelbagaian dalam hasil barangan kraf

  • Kepelbagaian wujud melalui bentuk dan rupa corak yang pelbagai.
  • Elemen kelainan warna, kontra dan rupa mengukuhkan kesan kepelbagaian pada hasil kraf.
Anyaman seni kraftangan sepanjang zaman | Jika kita lihat ra… | Flickr
Kraf anyaman


Kraftangan Malaysia - Adiguru

Kraf tenunan

Cara Menghasilkan Kepelbagaian dalam Karya Seni
  • Menggunakan pelbagai jenis dan kesan garisan.
  • Menggunakan warna panas, sejuk dan kontra- warna yang digunakan boleh dipelbagaikan asalkan dapat memberi mesej atau membantu mengindahkan sesuatu karya seni.
Amazon.com: 24"x36" Hd Canvas Print Home Decor Art Painting (No ...
Kepelbagaian warna kontra dan hangat

pendidikan seni visual: Warna Panas dan Warna Sejuk
Kepelbagaian warna sejuk
  • Menggunakan pelbagai jenis dan kesan jalinan- perhatikan catan di bawah dan lihat bagaimana warna yang pekat (impasto) dapat menjadikan kelopak itu kelihatan seperti yang sebenar di samping menambahkan tekstur pada catan tersebut.
File:Vincent van Gogh - Sunflowers - VGM F458.jpg - Wikipedia
Tajuk: Sunflowers
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Cat minyak
  • Menggunakan kombinasi rupa geometri dan organik.
The art of life | The Star Online
Tajuk: Sirih Pinang
Pelukis: Syed Ahmad Jamal
Media: Cat minyak
  • Menggunakan gabungan bentuk besar dan kecil.
  • Menggunakan pelbagai aspek ruang.
Malaysia, Langkawi, Dataran Lang | Malaysia travel, Malaysia
Ruang dalam

No comments:

Post a Comment