Pengenalan
- Jika kita bayangkan suasana disekeliling kita semuanya berwarna kelabu, maka perasaan kita juga akan menjadi suram dan tidak ceria.
- Cuba bayangkan sekiranya warna tidak wujud? Sudah tentu kehidupan kita tidak ceria dan menjemukan.
- Manusia menggunakan warna untuk pelbagai tujuan sama sebagai simbol, sebagai daya penarik, gambaran perasaan atau menggambarkan budaya masyarakat.
- Warna ialah kesan tindak balas cahaya terhadap sesuatu permukaan objek. Para pelukis menggunakan pelbagai warna dalam catan mereka untuk menunjukkan suasana dan waktu.
- Perhatikan kedua- dua lukisan J.M.W Turner dan Claude Monet yang melukis tentang suasana matahari terbit dan terbenam.
Tajuk: Sunset Rouen Pelukis: J.M.W Turner Media: Cat Minyak |
Tajuk: Impression Sunrise
Pelukis: Claude Monet
Media: Cat Minyak
a) Tona warna
b) Warna kroma
a) Tona warna
b) Warna penggenap
c) Warna harmoni
Pelukis: Claude Monet
Media: Cat Minyak
Roda Warna
- Roda warna merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisa dan memilih warna yang sesuai dalam gubahan.
- Jenis- jenis warna yang terkandung dalam roda warna ialah:
a) Warna premier (asas)
b) Warna sekunder
c) Warna tertier
Roda warna adalah bahan rujukan asas dalam menganalisa warna.
Jenis- jenis Warna
a) Warna asas
- Warna asas juga dikenali sebagai warna utama.
- Ia terdiri daripada warna biru, kuning dan merah.
- Warna ini tidak dapat dihasilkan dengan campuran warna- warna lain namun warna- warna ini dapat menghasilkan warna lain.
- Warna asas sesuai untuk menghasilkan poster atau logo.
b) Warna Sekunder
- Warna sekunder dihasilkan melalui campuran dua warna asas (utama).
- Warna- warna itu ialah jingga, ungu dan hijau.
c) Warna tertier
- Warna tertier dihasilkan melalui campuran dua warna yang bersebelahan dalam roda warna.
- Ia melibatkan satu warna asas dan satu warna sekunder.
Nilai Warna
Nilai Warna
- Nilai warna terbahagi kepada dua iaitu:
a) Tona warna
b) Warna kroma
a) Tona warna
- Tona warna ialah kadar kecerahan dan kegelapan warna pada bahagian- bahagian tertentu.
- Tona warna cerah boleh dihasilkan melalui campuran warna cerah iaitu putih atau kuning dengan satu warna lain.
- Campuran warna gelap seperti hitam dan biru dengan satu warna lain akan menghasilkan ton warna gelap.
Penghasilan ton warna melalui campuran warna terang dan warna gelap.
b) Warna kroma
- Warna kroma ialah nilai ukuran kuasa sesuatu warna dan ia merujuk kepada kecerahan dan kepudaran warna.
- Campuran dua warna terang akan mencerahkan hasil campuran tersebut seperti merah dan kuning.
- Campuran dua warna gelap akan memudarkan hasil campuran warna tersebut seperti hijau dan biru.
- Gubahan warna boleh ditaksirkan melalui tiga cara iaitu:
b) Warna penggenap
c) Warna harmoni
a) Gubahan sewarna atau monokroma
- Gubahan sewarna ialah kesan gubahan satu warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton.
- Gubahan sewarna dapat dihasilkan dengan mencampurkan warna putih atau air untuk mendapatkan kesan terang manakala campuran warna hitam pula akan melahirkan warna gelap.
- Ton warna sewarna merujuk kepada sifat tua atau muda sesuatu warna.
Teknik warna sewarna menghasilkan kesan ruang jauh dan dekat.
Teknik warna sewarna boleh menghasilkan kesan bentuk.
Gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton.
b) Warna penggenap
- Warna penggenap ialah warna- warna yang bertentangan dalam roda warna.
- Warna penggenap memberi kesan kontra, kejelasan, pertentangan dan getaran.
- Campuran dua warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
Pasangan warna penggenap:
Ungu dan kuning
Jingga dan biru
Hijau dan merah
c) Warna harmoni
- Warna harmoni ialah kumpulan dua warna atau lebih warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna dan dikenali juga sebagai warna sekeluarga.
- Warna- warna harmoni menimbulkan kesan selesa, tenang, menarik, tenteram, lembut dan sebagainya.
- Warna- warna harmoni digunakan dalam seni reka hiasan dalaman, kertas dinding, corak kain dan sebagainya.
- Contoh- contoh warna harmoni:
Kuning- Jingga- Merah
Merah- Ungu- Biru
Biru- Hijau- Kuning
Jingga- Merah- Ungu
Ungu- Biru- Hijau
Penggunaan warna harmoni dalam seni reka hiasan dalaman dan corak kain.
Suhu Warna
- Pelukis menggunakan warna yang berlawanan untuk menggambarkan perasaan mereka serta suasana alam semasa melukis.
- Satu warna diamati melalui emosi nilai estetiknya.
- Warna panas terdiri daripada warna- warna antara kuning hingga ke merah ungu.
- Warna- warna yang paling panas ialah kuning, jingga, dan merah serta terdiri daripada objek pancaran cahaya tenaga seperti api atau matahari.
- Warna panas berfungsi untuk suasana riang, bersemangat, cemas, peperangan, dramatik dan sebagainya.
- Juga dikenali sebagai warna garang.
Contoh warna panas.
Warna kuning, jingga dan merah dikaitkan dengan warna matahari, api dan kepanasan.
b) Warna sejuk
- Warna sejuk terdiri daripada warna biru, ungu, hijau, serta warna sewarna dengannya dalam roda warna.
- Warna- warna sejuk dikaitkan dengan air, langit, gunung, tumbuh- tumbuhan dan sebagainya.
- Warna ini juga menimbulkan perasaan kedamaian, sedih, dingin dan tenang.
- Ia mempunyai nilai kuasa warna rendah dan digunakan untuk warna latar dan ruang yang jauh.
- Pereka dalaman menggunakan warna- warna sejuk untuk menimbulkan suasana yang selesa, damai, dan dingin.
- Warna ini juga dikenali sebagai warna lembut.
Contoh warna sejuk.
Warna sejuk memberi ilusi kebelakangan, jauh, aman, tenteram dan dingin.
No comments:
Post a Comment