Pengenalan
- Garisan adalah susunan atau cantuman satu siri titik- titik yang bersambungan dan berlanjutan.
- Susunan titik- titik itu boleh bersentuhan, rapat, dekat atau mempunyai jarak tertentu diantara satu dengan lain.
- Garisan merupakan unsur seni yang paling asas dalam Pendidikan Seni Visual.
- Garisan boleh diolah untuk menimbulkan jalinan, bentuk, ruang, tona dan pergerakan.
- Karya- karya seni yang mengandungi olahan garisan yang baik dan sempurna mempunyai nilai yang tinggi.
- Seringkali para pelukis menggunakan elemen garisan untuk menampilkan identiti dan gaya tersendiri.
- Garisan juga merupakan satu alat untuk mengukur pengetahuan teknik dan pengalaman pelukis.
- Bahan- bahan dan alatan yang berlainan mempunyai kualiti garisan dan watak yang berbeza.
Garisan adalah titik- titik yang bersambungan
Letupan bunga api menghasilkan garisan yang dramatik
Garis- garis pencawang elektrik merupakan contoh garisan buatan manusia
Garis- garis pada daun pokok merupakan contoh garisan alam semula jadi
Pelbagai saiz garisan ditentukan melalui ruang, saiz dan reka bentuk sesuatu bangunan
Garisan alam semula jadi pada haiwan digunakan sebagai kaedah penyamaran
Garis- garis pada daun pokok merupakan contoh garisan alam semula jadi
Pelbagai saiz garisan ditentukan melalui ruang, saiz dan reka bentuk sesuatu bangunan
Garisan alam semula jadi pada haiwan digunakan sebagai kaedah penyamaran
Ciri- ciri Fizikal Garisan
- Garisan mempunyai ciri- ciri tertentu. Garisan boleh diukur.
- Ciri- ciri garisan ialah tinggi atau rendah, besar atau kecil, panjang atau pendek, dan tebal atau nipis.
Jenis- jenis Garisan
- Terdapat pelbagai jenis sifat dan identiti pada garisan.
- Sifat-sifat itu berbeza antara satu dengan lain.
- Jenis- jenis garisan merujuk kepada sifat dan ciri fizikalnya.
- Jenis- jenis garisan yang terdapat pada alam semulajadi dan buatan manusia adalah seperti garisan berpancar, garisan beralun, garisan bergerigi dan sebagainya.
Garisan beralun
Garisan berbulu
Teknik- teknik Menghasilkan Garisan
Melukis
- Teknik yang mudah dan popular.
- Digunakan dalam kebanyakan kerja- kerja awal seni halus.
- Merupakan kayu pengukur kemahiran dan pengalaman pelukis.
- Pelbagai jenis bahan boleh digunakan untuk menghasilkan teknik ini dan fungsi melukis tidak terbatas.
Garisan menggunakan pensel mewujudkan garisan yang pelbagai saiz dan tona.
Catan
- Menggunakan media warna seperti cat air, cat minyak, akrilik, dan sebagainya.
- Catan amat popular dan dihargai oleh ramai orang.
- Kefahaman tentang sejarah catan akan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran menghasilkan karya yang baik.
Catan
Tajuk: Boats 1
Pelukis: Jayson Yeoh
Resis
- Penggunaan lilin yang digaris di atas kertas dan diwarnakan.
- Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna yang asal.
- Hasil akan lebih menarik jika menggunakan tindihan lilindan menyapu warna dari peringkat warna terang kepada warna gelap.
Resis
Cetakan
- Seni cetakan atau capan dapat menghasilkan sebilangan siri karya yang sama sifat dan keadaannya.
- Ukiran garisan yang halus dan kemas menghasilkan kualiti cetakan yang tinggi mutunya.
- Amat sesuai untuk menghasilkan kad ucapan kerana boleh digunakan berulang kali.
Meniup warna
- Garisan- garisan yang terhasil adalah bersifat bebas dan semula jadi.
- Hasil akan lebih menarik sekiranya menggunakan pelbagai warna.
- Dapat mewujudkan kesan lutsinar.
Meniup warna
Anyaman
- Boleh dilakukan dengan menggunakan kertas, rotan, pandan, mengkuang atau bahan semula jadi yang nipis dan panjang ukurannya.
- Berbagai- bagai corak boleh dihasilkan melalui anyaman.
- Hasil lebih menarik sekiranya menggunakan pelbagai warna.
Anyaman
Batik
- Menggunakan lilin cair dalam canting yang dilukis di atas kertas atau kain.
- Lilin membendung sapuan warna untuk mewujudkan rupa.
- Hasilan berkualiti sekiranya garisan itu sama saiz dan terkawal.
Batik
Aplikasi Garisan dalam Produk Seni
Catan
Tajuk: Starry Night, 1889
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Cat minyak
Batik
Tajuk: Lullaby
Pelukis: Chuah Thean Teng
Media: Batik
Arca
No comments:
Post a Comment