Pengenalan
- Setiap garisan atau rupa jika digabungkan dengan cara ulangan yang tertentu dapat melahirkan irama.
- Irama visual adalah irama yang boleh dilihat dan wujud apabila bentuk positif diulang dan dipisahkan daripada bentuk negatif.
- Ruang positif adalah iramanya.
- Motif dan corak seringkali dikaitkan dengan pengulangan dan motif adalah satu unit yang diulang dalam irama visual.
- Irama dan pergerakan boleh diwujudkan melalui olahan unsur- unsur seni dengan cara tertentu. Garisan dan rupa boleh diulang untuk menimbulkan irama atau rentak.
Seni bina yang mempunyai ciri irama dan pergerakan
Pengulangan motif menghasilkan irama untuk corak
Tajuk: Dance of Life
Pelukis: Ibrahim Hussin
Media: Catan
Jenis- jenis Irama
- Irama visual yang pelbagai wujud dengan motif dan ruang berlainan.
- Ada pelbagai cara untuk menyatakan motif dan ruang.
- Setiap cara menerampilkan ciri yang berlainan irama.
a) Irama rawak
- Irama rawak terhasil melalui ulangan motif tanpa susunan yang tetap seperti ruang yang tidak sama.
- Corak pada badan harimau, zirafah atau rekahan kulit kayu atau kulit kacang adalah contoh irama rawak.
- Kawasan atau persekitaran yang sibuk juga mewujudkan irama rawak.
Irama corak badan harimau belang
Rekahan pada kulit kayu
b) Irama biasa
- Irama biasa mengandungi motif yang serupa dan ruang yang sama di antaranya.
- Ia mempunyai irama yang konsisten.
- Pengulangan yang sama dipraktikkan untuk mengatur sesuatu objek atau barangan.
- Tempat letak kereta dan rak- rak yang disusun rapi adalah contoh irama biasa.
- Biasanya ia memudahkan orang ramai membuat pilihan.
- Kelemahan irama biasa ialah ia sering kali membosankan jika berlebihan.
Susunan jubin
Susunan barangan di pasar raya
c) Irama berselang- seli (Alternating)
- Irama berselang seli diwujudkan dengan mengubah posisi motif.
d) Irama aliran
- Irama aliran dihasilkan melalui garisan yang beralun dan diulang- ulang.
- Gunung- ganang dan ombak laut menimbulkan kesan irama aliran.
Gunung- ganang
Ombak laut
e) Irama progresif
- Irama progresif akan mengalami perubahan pada motif setiap kali motif diulangi.
- Irama ini boleh bermula dengan segi empat dan akan berubah setiap kali ia diulangi atau dengan warna berlainan.
No comments:
Post a Comment