- Sesuatu rekaan yang baik mempunyai kesatuan (unity).
- Kesatuan pada sesebuah rekaan itu tercapai apabila ke semua unsur- unsur di dalamnya menjadi satu idea ataupun tema yang menyeluruh.
- Sekiranya terdapat satu atau lebih bahagian rekaan atau corak yang bercanggah dengan bahagian lain, maka gubahan itu tidak akan mempunyai kesatuan.
- Kesatuan menjadikan sesuatu reka corak itu lengkap.
- Kesatuan dan kepelbagaian saling lengkap melengkapi seperti ruang negatif dan positif, jalinan tampak dan sentuh atau ruang ilusi dan ruang konkrit.
Warna kontra, harmoni, kepelbagaian, dan elemen imbangan simetri tulen digunakan untuk menyerlahkan keindahan wau.
Tajuk: Chop Suey
Pelukis: Edward Hopper
Pelukis: Edward Hopper
Unsur- unsur bentuk, kontra, rupa dan ruang dapat dilihat dengan jelas.
- Sesebuah karya seni yang baik tidak dapat mencetuskan keunikan dan keindahan dengan hanya menggunakan satu elemen seni tetapi perlu disokong dengan elemen- elemen lain.
- Dalam melukis bentuk manusia, di samping kadar banding, unsur jalinan, bentuk dan ruang perlu digabungkan.
- Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) merupakan perkara yang sentiasa dititikberat oleh pelukis untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik.
Tajuk: Siri Tari XII
Pelukis: Yusuf Ghani
Karya Yusuf Ghani di atas menerapkan unsur garisan, elemen pergerakan dan warna kontra untuk melahirkan kesan dramatik.
Unsur kepelbagaian, imbangan dan kesatuan jelas digunakan dalam catan di atas.
Kesatuan pada Alam Semula Jadi
- Pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan dan serangga mewarnai dunia ini.
- Ia mewujudkan kesan kesatuan yang indah, menarik dan ceria.
- Ia terhasil melalui warna yang sama, jenis yang sama, tema yang sama dan rupa bentuk yang sama.
Jalinan yang sama pada tumbuhan
Tumbuh- tumbuhan yang sama
Kesatuan pada Benda Buatan Manusia
- Kesatuan wujud apabila rekaan itu mempunyai tema yang sama seperti set hiasan ruang tamu, set kusyen dan warna yang sama.
- Kesatuan pada barangan kraf pula wujud melalui penggunaan bahan yang sama atau motif yang diulang- ulang adalah sama.
Corak ukir yang sama pada perabot mewujudkan kesatuan
Motif corak yang sama
Kesatuan dalam Karya Seni Visual
- Penghasilan kesan kesatuan dalam karya seni visual akan menjadikan karya lebih lengkap, teratur dan sempurna.
- Ia terhasil melalui penggunaan tema yang sama dan hubungan bahan dengan alat adalah berkaitan dalam catan.
- Dalam seni cetak pula, garisan dan rupa yang dipaparkan adalah hampir sama dan berulang- ulang.
- Penggunaan warna harmoni dan ton mengukuhkan elemen kesatuan pada karya seni grafik.
Penerapan Prinsip Kesatuan dalam Seni Visual
- Kesatuan melalui jalinan- reka corak yang mempunyai kesan- kesan jalinan yang sama jenis corak yang dihasilkan daripada kesan jalinan bertitik atau bergaris.
- Kesatuan melalui warna- reka corak yang menggunakan warna- warna harmoni.
- Kesatuan melalui bentuk- reka corak yang mempunyai bentuk yang sama jenis seperti objek- objek yang berbentuk bulat.