Friday 17 April 2020

Imbangan

Pengenalan

  • Imbangan ialah keadaan yang berpadanan atau tidak berat sebelah atau garisan tengah yang membahagikan sesuatu objek kepada dua bahagian yang sama.
  • Ia merupakan keadaan sama dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam sesuatu susunan unsur- unsur seni.
  • Imbangan perlu untuk menarik perhatian dan menimbulkan suasana formal atau tidak formal disiplin atau ceria.
  • Melalui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.
  • Dapatkah anda bayangkan sekiranya burung, rama- rama mahupun layang- layang tidak dapat terbang tinggi sekiranya sayapnya tidak seimbang?
flying bird | Tumblr
Imbangan pada kedua- dua belah kepak burung membolehkannya untuk terbang serta menentukan hala tuju dan destinasi pergerakannya.

A Study of Symmetry: When, Where, and Why to Use It - DesignFestival
Garisan axis

Untuk menunjukkan imbangan, garisan axis di tengah- tengah dapat menentukan sama ada kedua- dua bahagian mempunyai persamaan atau tidak.


Imbangan pada alam ciptaan Tuhan

  • Benda- benda pada alam ciptaan Tuhan mengandungi unsur imbangan dengan pelbagai tujuan dan maksud.
Spiders (folklore) | Villains Wiki | Fandom
Imbangan pada seekor labah- labah membolehkannya bergantung dan bergerak di permukaan yang tidak rata.


What Are These Black Spots on My Phalaenopsis Leaves?
Imbangan pada sekuntum bunga orkid bertujuan menarik perhatian, proses fotosintesis dan keindahan.


Imbangan pada benda buatan manusia
  • Imbangan pada benda buatan manusia khusus untuk melahirkan keindahan dan menarik perhatian.
Pasu Bunga | Kraf Seramik
Imbangan pada seni tembikar mewujudkan keindahan bentuk dan penyesuaian fungsinya.

9 Hal Seru yang Bisa Kamu Lakukan Saat Liburan di Putrajaya Malaysia
Imbangan dalam seni bina mewujudkan keadaan yang selesa, indah, menarik dan lambang budaya setempat.

PERMAINAN GASING TRADISIONAL DAN INOVASI MODEN: PENGENALAN
Imbangan pada sebuah gasing adalah untuk stabiliti dan untuk kadar pusingan dalam jangka masa yang maksima.


Jenis- jenis Imbangan

a) Imbangan semetri tulen

  • Kiri dan kanan sesuatu benda atau olahan karya adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengah.
  • Susunan rekaannya adalah seimbang di semua bahagian.
  • Elemen imbangan itu boleh terdiri daripada persamaan warna, bentuk, jalinan atau susunan.
Wau Bulan Moon Kite - Handmade 30 inches | PrestoMall - Other ...
Wau atau layang- layang mengandungi unsur imbangan untuk membolehkan ia terbang tinggi. Motif dan corak hiasan juga mengandungi unsur imbangan di kedua- dua bahagian sayapnya.

Triassic Butterfly Park? - Scientific American
Imbangan simetri tulen wujud pada rama- rama. Rama- rama mempunyai kepak yang sama saiz, warna dan corak dikedua- dua bahagian.

10 Tips for Drawing a Face - Art Starts for Kids
Wajah manusia mempunyai imbangan simetri tulen. Manusia mempunyai mata, hidung, mulut, dan telinga yang sama saiz di bahagian kiri dan kanan.

b) Imbangan simetri tidak sama/ asimetri

  • Imbangan simetri tidak sama ialah susunan dan olahan unsur yang tidak sama di bahagian kiri kanan sesuatu gubahan, tetapi mempunyai keberatan yang sepadan untuk melahirkan kesan imbangan.
Signed Floral Still Life Painting in Green from Brazil - Vase of ...
Gubahan yang mempunyai imbangan simetri tidak sama melalui saiz dan susunan objek.

c) Simetri semua arah
  • Simetri semua arah merujuk kepada susunan elemen- elemen dan objek yang berpusat.
NBC's Peacock is live: Prices, full US launch date, shows and ...
Merak mengigal

cikgu amrah
Kelarai pecah lapan



Malaysia – Page 4 – akunizamhajizan
Kubah Masjid Sultan Sulaiman, Klang, Selangor


Aplikasi Imbangan

a) Mencorak
  • Motif dan rupa yang berseimbangan akan menghasilkan corak yang berseimbangan juga.
  • Motif dan rupa yang bebas boleh diolah untuk menjadikan corak itu berseimbangan dan mempunyai susunan teratur.
b) Seni ukir
  • Corak ukiran kayu tradisional mempamerkan imbangan yang baik.
  • Biasanya imbangan simetri digunakan untuk tujuan ini.
Memotong ukiran kayu: ciri, pilihan kayu, tip berguna
Ukiran kayu menggunakan format simetri semua arah berpusat

c) Anyaman
  • Corak kelarai yang sama diulang sekeliling anyaman mengkuang, buluh, rotan atau pandan.
  • Kelarai anyaman mempunyai ciri- ciri keseimbangan yang ketara.
d) Tenunan
  • Corak tenunan dihasilkan melalui ulangan motif yang menghasilkan corak.
  • Susunan dan reka letak motif adalah seimbang untuk menyerlahkan keayuan pemakai.
Tenunan Di Malaysia
Tenunan songket berformatkan simetri tulen

Layby.my-Songket Tenun Corak Berpagar Bunga Dalam (Gold) 2.25m
Tenunan berformatkan simetri tidak sama.


e) Seni grafik

  • Imbangan dalam seni grafik mempengaruhi persepsi audien.
  • Imbangan ini menggambarkan pengaruh, identiti, dan wawasan pertubuhan secara simboliknya.
  • Dalam poster, imbangan merujuk kepada susunan huruf- huruf dan susunan ilustrasi.
Huawei - Building a Fully Connected, Intelligent World
Logo syarikat yang berformatkan simetri semua arah berpusat


Cara- cara Menimbulkan Imbangan Tidak Simetri dalam Karya Seni Visual
a)Penggunaan warna yang berkuasa hebat

  • Warna hebat digunakan untuk mengimbangkan warna neutral pada imej.
  • Reka bentuk yang kecil boleh diwarnakan dengan warna yang berkuasa hebat untuk mengimbang rupa bentuk besar yang berwarna neutral.
b) Penggunaan nilai warna

  • Warna- warna yang gelap mempunyai daya penarik yang lebih daripada warna yang muda.
  • Bentuk yang kecil mesti diwarnakan dengan warna bernilai gelap untuk mengimbangi rupa bentuk yang besar tetapi ringkas.
c) Penggunaan rupa bentuk kompleks

  • Sekiranya kedua- dua reka bentuk dan sama nilai maka rupa bentuk yang lebih kompleks akan menjadi tumpuan.
  • Oleh itu, rupa bentuk yang kompleks dan kecil boleh digunakan untuk mengimbangi rupa bentuk imej yang besar tetapi ringkas.
d) Penggunaan jalinan yang berbeza- beza

  • Jalinan yang besar dan kesat lebih menjadi tumpuan daripada jalinan yang halus dan licin.
  • Untuk mengimbangi rupa bentuk yang kecil dengan yang besar, jalinan kasar dan kesat harus digunakan untuk rupa bentuk kecil. 

No comments:

Post a Comment