Saturday 25 April 2020

Kesatuan

Pengenalan

  • Sesuatu rekaan yang baik mempunyai kesatuan (unity).
  • Kesatuan pada sesebuah rekaan itu tercapai apabila ke semua unsur- unsur di dalamnya menjadi satu idea ataupun tema yang menyeluruh.
  • Sekiranya terdapat satu atau lebih bahagian rekaan atau corak yang bercanggah dengan bahagian lain, maka gubahan itu tidak akan mempunyai kesatuan.
  • Kesatuan menjadikan sesuatu reka corak itu lengkap.
  • Kesatuan dan kepelbagaian saling lengkap melengkapi seperti ruang negatif dan positif, jalinan tampak dan sentuh atau ruang ilusi dan ruang konkrit.
Wau (Jasmeen Tek) | Traditional Malay Games
Warna kontra, harmoni, kepelbagaian, dan elemen imbangan simetri tulen digunakan untuk menyerlahkan keindahan wau.


Chop Suey (painting) - Wikipedia
Tajuk: Chop Suey
Pelukis: Edward Hopper

Unsur- unsur bentuk, kontra, rupa dan ruang dapat dilihat dengan jelas.
  • Sesebuah karya seni yang baik tidak dapat mencetuskan keunikan dan keindahan dengan hanya menggunakan satu elemen seni tetapi perlu disokong dengan elemen- elemen lain.
  • Dalam melukis bentuk manusia, di samping kadar banding, unsur jalinan, bentuk dan ruang perlu digabungkan.
  • Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) merupakan perkara yang sentiasa dititikberat oleh pelukis untuk menghasilkan karya yang baik dan menarik.
Siri tari XII by Yusof Ghani on artnet
Tajuk: Siri Tari XII
Pelukis: Yusuf Ghani

Karya Yusuf Ghani di atas menerapkan unsur garisan, elemen pergerakan dan warna kontra untuk melahirkan kesan dramatik.

Bouquet of roses in a vase Paintings by Olha Darchuk - Artist.com
Unsur kepelbagaian, imbangan dan kesatuan jelas digunakan dalam catan di atas.

Kesatuan pada Alam Semula Jadi
  • Pelbagai jenis tumbuh- tumbuhan dan serangga mewarnai dunia ini.
  • Ia mewujudkan kesan kesatuan yang indah, menarik dan ceria.
  • Ia terhasil melalui warna yang sama, jenis yang sama, tema yang sama dan rupa bentuk yang sama.
Rafflesia Safari - Private
Jalinan yang sama pada tumbuhan

Lavender Garden 2019! Wah cantiknya! Lokasi best untuk bercuti ...
Tumbuh- tumbuhan yang sama

Kesatuan pada Benda Buatan Manusia
  • Kesatuan wujud apabila rekaan itu mempunyai tema yang sama seperti set hiasan ruang tamu, set kusyen dan warna yang sama.
  • Kesatuan pada barangan kraf pula wujud melalui penggunaan bahan yang sama atau motif yang diulang- ulang adalah sama.
Bagai Rumah Peranginan - Her Inspirasi
Corak ukir yang sama pada perabot mewujudkan kesatuan

𝗜 𝗔𝗠 𝗢𝗗 🦖 on Twitter: "Aku berkenan giler karpet corak mcm ...
Motif corak yang sama

Kesatuan dalam Karya Seni Visual
  • Penghasilan kesan kesatuan dalam karya seni visual akan menjadikan karya lebih lengkap, teratur dan sempurna.
  • Ia terhasil melalui penggunaan tema yang sama dan hubungan bahan dengan alat adalah berkaitan dalam catan.
  • Dalam seni cetak pula, garisan dan rupa yang dipaparkan adalah hampir sama dan berulang- ulang.
  • Penggunaan warna harmoni dan ton mengukuhkan elemen kesatuan pada karya seni grafik.
Penerapan Prinsip Kesatuan dalam Seni Visual
  • Kesatuan melalui jalinan- reka corak yang mempunyai kesan- kesan jalinan yang sama jenis corak yang dihasilkan daripada kesan jalinan bertitik atau bergaris.
  • Kesatuan melalui warna- reka corak yang menggunakan warna- warna harmoni.
  • Kesatuan melalui bentuk- reka corak yang mempunyai bentuk yang sama jenis seperti objek- objek yang berbentuk bulat. 

Tuesday 21 April 2020

Kepelbagaian

Pengenalan

  • Kepelbagaian adalah penggabungan pelbagai idea unsur seni, prinsip seni, dan persembahan dalam menghasilkan karya seni.
  • Tujuan kepelbagaian ialah untuk mengelakkan kesan hambar dan kebosanan dalam sesuatu rekaan serta memberi tenaga dan daya tarikan kepada sesuatu rekaan.
  • Karya seni yang baik ialah apabila kita menggunakan semua unsur seni dan prinsip rekaan.
  • Kepelbagaian boleh dihasilkan dari segi susunan dan gayaan unsur- unsur seni yang menggunakan konsep kontra.
  • Penegasan adalah prinsip yang mempertingkatkan kepelbagaian kerana ia mewujudkan kesan timbul dan tenggelam dalam sesuatu karya.
  • Harmoni pula mempertingkatkan kesatuan dalam menyatukan unsur- unsur seni.
The hair-navel picture Posters and Prints | Posterlounge.co.uk
Tajuk: The hair-navel picture
Pelukis: Kurt Schwitters

Kepelbagaian rupa dalam catan

Kenali 5 Tipe Ukiran Tradisional dari Berbagai Wilayah di Indonesia
Kepelbagaian corak pada panel ukiran kayu

Kepelbagaian Pada Alam Sekeliling
  • Kepelbagaian wujud pada alam sekeliling seperti pada tumbuh- tumbuhan flora atau fauna, gunung- ganang atau cakerawala.
  • Dengan wujudnya kepelbagaian, hidup manusia sentiasa ceria dan dapat menikmati bersama anugerah ciptaan Tuhan ini.
a) Kepelbagaian pada benda alam
  • Kepelbagaian pada benda alam akan memberi pelbagai variasi keindahan.
  • Pelbagai jenis bunga, serangga, warna dan jalinan memeriahkan dan menjadikan dunia ini sangat menarik dan indah.
Grafik/Gambar | MARI MENGENAL BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Idea untuk reka bentuk gerbang taman


How to Make a Butterfly Garden

b) Kepelbagaian pada objek buatan manusia

  • Manusia sering menggunakan pelbagai objek yang bercorak, berwarna, berjalinan dan sebagainya.
  • Tujuannya ialah untuk menarik perhatian dan merangsang perhatian orang ramai.
PressReader - Harian Metro: 2017-03-02 - 'MENYOLEK' PERAHU KOLEK
Kepelbagaian warna dan motif corak digunakan sebagai hiasan pada badan perahu nelayan

Ini Rupanya Cara Pemakaian Kain Batik Dan 'Maksud' Yang Sebenar ...
Kepelbagaian pada corak pakaian

c)  Kepelbagaian dalam seni visual

  • Kepelbagaian juga dapat ditimbulkan melalui penggunaan jalinan rupa, bentuk dan warna.
  • Unsur- unsur seni dan prinsip rekaan yang sesuai diolah dan disatukan untuk menghasilkan kepelbagaian.
  • Antara bidang seni yang menerapkan unsur kepelbagaian ialah poster, logo, cetakan, catan, ukiran, seni lanskap dan lain- lain.
  • Hasil kraf amat menarik sekiranya elemen kepelbagaian motif jalinan dan corak diberi perhatian.

55+ Creative Poster Ideas, Templates & Design Tips - Venngage

Poster



Boboiboy The Movie Archives

Animasi

Tempat menarik di Kuching, Sarawak (WAJIB Singgah) | Syoknya Travel

Arca
d) Kepelbagaian dalam hasil barangan kraf

  • Kepelbagaian wujud melalui bentuk dan rupa corak yang pelbagai.
  • Elemen kelainan warna, kontra dan rupa mengukuhkan kesan kepelbagaian pada hasil kraf.
Anyaman seni kraftangan sepanjang zaman | Jika kita lihat ra… | Flickr
Kraf anyaman


Kraftangan Malaysia - Adiguru

Kraf tenunan

Cara Menghasilkan Kepelbagaian dalam Karya Seni
  • Menggunakan pelbagai jenis dan kesan garisan.
  • Menggunakan warna panas, sejuk dan kontra- warna yang digunakan boleh dipelbagaikan asalkan dapat memberi mesej atau membantu mengindahkan sesuatu karya seni.
Amazon.com: 24"x36" Hd Canvas Print Home Decor Art Painting (No ...
Kepelbagaian warna kontra dan hangat

pendidikan seni visual: Warna Panas dan Warna Sejuk
Kepelbagaian warna sejuk
  • Menggunakan pelbagai jenis dan kesan jalinan- perhatikan catan di bawah dan lihat bagaimana warna yang pekat (impasto) dapat menjadikan kelopak itu kelihatan seperti yang sebenar di samping menambahkan tekstur pada catan tersebut.
File:Vincent van Gogh - Sunflowers - VGM F458.jpg - Wikipedia
Tajuk: Sunflowers
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Cat minyak
  • Menggunakan kombinasi rupa geometri dan organik.
The art of life | The Star Online
Tajuk: Sirih Pinang
Pelukis: Syed Ahmad Jamal
Media: Cat minyak
  • Menggunakan gabungan bentuk besar dan kecil.
  • Menggunakan pelbagai aspek ruang.
Malaysia, Langkawi, Dataran Lang | Malaysia travel, Malaysia
Ruang dalam

Monday 20 April 2020

Irama dan Pergerakan

Pengenalan
  • Setiap garisan atau rupa jika digabungkan dengan cara ulangan yang tertentu dapat melahirkan irama.
  • Irama visual adalah irama yang boleh dilihat dan wujud apabila bentuk positif diulang dan dipisahkan daripada bentuk negatif.
  • Ruang positif adalah iramanya.
  • Motif dan corak seringkali dikaitkan dengan pengulangan dan motif adalah satu unit yang diulang dalam irama visual.
  • Irama dan pergerakan boleh diwujudkan melalui olahan unsur- unsur seni dengan cara tertentu. Garisan dan rupa boleh diulang untuk menimbulkan irama atau rentak.
Sydney Opera House: The Architect & the Engineer - SAP Innovation ...
Seni bina yang mempunyai ciri irama dan pergerakan

Batik lukis terengganu, cotton span 4meter, Women's Fashion ...
Pengulangan motif menghasilkan irama untuk corak

GayuMan9: AL-FATIHAH BUAT DATUK IBRAHIM HUSSEIN
Tajuk: Dance of Life
Pelukis: Ibrahim Hussin
Media: Catan

Jenis- jenis Irama
  • Irama visual yang pelbagai wujud dengan motif dan ruang berlainan.
  • Ada pelbagai cara untuk menyatakan motif dan ruang.
  • Setiap cara menerampilkan ciri yang berlainan irama.
a) Irama rawak
  • Irama rawak terhasil melalui ulangan motif tanpa susunan yang tetap seperti ruang yang tidak sama.
  • Corak pada badan harimau, zirafah atau rekahan kulit kayu atau kulit kacang adalah contoh irama rawak.
  • Kawasan atau persekitaran yang sibuk juga mewujudkan irama rawak.
Tiger watercolor painting | Photo of Sharon Farber's 10 x 8 … | Flickr


Irama corak badan harimau belang

Tree Skin
Rekahan pada kulit kayu


b) Irama biasa
  • Irama biasa mengandungi motif yang serupa dan ruang yang sama di antaranya.
  • Ia mempunyai irama yang konsisten.
  • Pengulangan yang sama dipraktikkan untuk mengatur sesuatu objek atau barangan.
  • Tempat letak kereta dan rak- rak yang disusun rapi adalah contoh irama biasa.
  • Biasanya ia memudahkan orang ramai membuat pilihan.
  • Kelemahan irama biasa ialah ia sering kali membosankan jika berlebihan.
Ingin jubin / tile lantai dipasang rapat tanpa ada jarak, boleh ke ...
Susunan jubin

Rahsia Disebalik Susunan 'PACKAGING' - Kraffix
Susunan barangan di pasar raya

c) Irama berselang- seli (Alternating)
  • Irama berselang seli diwujudkan dengan mengubah posisi motif.
d) Irama aliran
  • Irama aliran dihasilkan melalui garisan yang beralun dan diulang- ulang.
  • Gunung- ganang dan ombak laut menimbulkan kesan irama aliran.
Spring Hills Greeting Card for Sale by Frank Wilson
Gunung- ganang

Free Images : beach, landscape, sea, coast, nature, sand, horizon ...
Ombak laut

e) Irama progresif

  • Irama progresif akan mengalami perubahan pada motif setiap kali motif diulangi.
  • Irama ini boleh bermula dengan segi empat dan akan berubah setiap kali ia diulangi atau dengan warna berlainan.

Friday 17 April 2020

Imbangan

Pengenalan

  • Imbangan ialah keadaan yang berpadanan atau tidak berat sebelah atau garisan tengah yang membahagikan sesuatu objek kepada dua bahagian yang sama.
  • Ia merupakan keadaan sama dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam sesuatu susunan unsur- unsur seni.
  • Imbangan perlu untuk menarik perhatian dan menimbulkan suasana formal atau tidak formal disiplin atau ceria.
  • Melalui imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.
  • Dapatkah anda bayangkan sekiranya burung, rama- rama mahupun layang- layang tidak dapat terbang tinggi sekiranya sayapnya tidak seimbang?
flying bird | Tumblr
Imbangan pada kedua- dua belah kepak burung membolehkannya untuk terbang serta menentukan hala tuju dan destinasi pergerakannya.

A Study of Symmetry: When, Where, and Why to Use It - DesignFestival
Garisan axis

Untuk menunjukkan imbangan, garisan axis di tengah- tengah dapat menentukan sama ada kedua- dua bahagian mempunyai persamaan atau tidak.


Imbangan pada alam ciptaan Tuhan

  • Benda- benda pada alam ciptaan Tuhan mengandungi unsur imbangan dengan pelbagai tujuan dan maksud.
Spiders (folklore) | Villains Wiki | Fandom
Imbangan pada seekor labah- labah membolehkannya bergantung dan bergerak di permukaan yang tidak rata.


What Are These Black Spots on My Phalaenopsis Leaves?
Imbangan pada sekuntum bunga orkid bertujuan menarik perhatian, proses fotosintesis dan keindahan.


Imbangan pada benda buatan manusia
  • Imbangan pada benda buatan manusia khusus untuk melahirkan keindahan dan menarik perhatian.
Pasu Bunga | Kraf Seramik
Imbangan pada seni tembikar mewujudkan keindahan bentuk dan penyesuaian fungsinya.

9 Hal Seru yang Bisa Kamu Lakukan Saat Liburan di Putrajaya Malaysia
Imbangan dalam seni bina mewujudkan keadaan yang selesa, indah, menarik dan lambang budaya setempat.

PERMAINAN GASING TRADISIONAL DAN INOVASI MODEN: PENGENALAN
Imbangan pada sebuah gasing adalah untuk stabiliti dan untuk kadar pusingan dalam jangka masa yang maksima.


Jenis- jenis Imbangan

a) Imbangan semetri tulen

  • Kiri dan kanan sesuatu benda atau olahan karya adalah sama berat sekiranya dilipat di bahagian tengah.
  • Susunan rekaannya adalah seimbang di semua bahagian.
  • Elemen imbangan itu boleh terdiri daripada persamaan warna, bentuk, jalinan atau susunan.
Wau Bulan Moon Kite - Handmade 30 inches | PrestoMall - Other ...
Wau atau layang- layang mengandungi unsur imbangan untuk membolehkan ia terbang tinggi. Motif dan corak hiasan juga mengandungi unsur imbangan di kedua- dua bahagian sayapnya.

Triassic Butterfly Park? - Scientific American
Imbangan simetri tulen wujud pada rama- rama. Rama- rama mempunyai kepak yang sama saiz, warna dan corak dikedua- dua bahagian.

10 Tips for Drawing a Face - Art Starts for Kids
Wajah manusia mempunyai imbangan simetri tulen. Manusia mempunyai mata, hidung, mulut, dan telinga yang sama saiz di bahagian kiri dan kanan.

b) Imbangan simetri tidak sama/ asimetri

  • Imbangan simetri tidak sama ialah susunan dan olahan unsur yang tidak sama di bahagian kiri kanan sesuatu gubahan, tetapi mempunyai keberatan yang sepadan untuk melahirkan kesan imbangan.
Signed Floral Still Life Painting in Green from Brazil - Vase of ...
Gubahan yang mempunyai imbangan simetri tidak sama melalui saiz dan susunan objek.

c) Simetri semua arah
  • Simetri semua arah merujuk kepada susunan elemen- elemen dan objek yang berpusat.
NBC's Peacock is live: Prices, full US launch date, shows and ...
Merak mengigal

cikgu amrah
Kelarai pecah lapan



Malaysia – Page 4 – akunizamhajizan
Kubah Masjid Sultan Sulaiman, Klang, Selangor


Aplikasi Imbangan

a) Mencorak
  • Motif dan rupa yang berseimbangan akan menghasilkan corak yang berseimbangan juga.
  • Motif dan rupa yang bebas boleh diolah untuk menjadikan corak itu berseimbangan dan mempunyai susunan teratur.
b) Seni ukir
  • Corak ukiran kayu tradisional mempamerkan imbangan yang baik.
  • Biasanya imbangan simetri digunakan untuk tujuan ini.
Memotong ukiran kayu: ciri, pilihan kayu, tip berguna
Ukiran kayu menggunakan format simetri semua arah berpusat

c) Anyaman
  • Corak kelarai yang sama diulang sekeliling anyaman mengkuang, buluh, rotan atau pandan.
  • Kelarai anyaman mempunyai ciri- ciri keseimbangan yang ketara.
d) Tenunan
  • Corak tenunan dihasilkan melalui ulangan motif yang menghasilkan corak.
  • Susunan dan reka letak motif adalah seimbang untuk menyerlahkan keayuan pemakai.
Tenunan Di Malaysia
Tenunan songket berformatkan simetri tulen

Layby.my-Songket Tenun Corak Berpagar Bunga Dalam (Gold) 2.25m
Tenunan berformatkan simetri tidak sama.


e) Seni grafik

  • Imbangan dalam seni grafik mempengaruhi persepsi audien.
  • Imbangan ini menggambarkan pengaruh, identiti, dan wawasan pertubuhan secara simboliknya.
  • Dalam poster, imbangan merujuk kepada susunan huruf- huruf dan susunan ilustrasi.
Huawei - Building a Fully Connected, Intelligent World
Logo syarikat yang berformatkan simetri semua arah berpusat


Cara- cara Menimbulkan Imbangan Tidak Simetri dalam Karya Seni Visual
a)Penggunaan warna yang berkuasa hebat

  • Warna hebat digunakan untuk mengimbangkan warna neutral pada imej.
  • Reka bentuk yang kecil boleh diwarnakan dengan warna yang berkuasa hebat untuk mengimbang rupa bentuk besar yang berwarna neutral.
b) Penggunaan nilai warna

  • Warna- warna yang gelap mempunyai daya penarik yang lebih daripada warna yang muda.
  • Bentuk yang kecil mesti diwarnakan dengan warna bernilai gelap untuk mengimbangi rupa bentuk yang besar tetapi ringkas.
c) Penggunaan rupa bentuk kompleks

  • Sekiranya kedua- dua reka bentuk dan sama nilai maka rupa bentuk yang lebih kompleks akan menjadi tumpuan.
  • Oleh itu, rupa bentuk yang kompleks dan kecil boleh digunakan untuk mengimbangi rupa bentuk imej yang besar tetapi ringkas.
d) Penggunaan jalinan yang berbeza- beza

  • Jalinan yang besar dan kesat lebih menjadi tumpuan daripada jalinan yang halus dan licin.
  • Untuk mengimbangi rupa bentuk yang kecil dengan yang besar, jalinan kasar dan kesat harus digunakan untuk rupa bentuk kecil.