Pengenalan
- Dalam istilah bahasa, harmoni membawa maksud aman dan damai.
- Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur- unsur seni yang sesuai dan seimbang serta yang berhubung kait.
- Contohnya, warna serangga berharmoni dengan habitatnya.
- Harmoni dapat mewujudkan kesan keselarasan kerana tiada wujud ciri- ciri percanggahan di dalamnya.
- Harmoni juga mewujudkan kesan keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan kesatuan.
a) Harmoni wujud pada objek- objek alam seperti garis- garis jalinan kulit kerang, sisik- sisik badan ikan, jalur- jalur corak siput, susunan bulu burung, urat- urat dan sebagainya.
2. Harmoni pada benda- benda buatan manusia
a) Harmoni wujud pada objek- objek seperti corak anyaman, bingkai cermin mata, tingkap atau ruang udara bangunan, corak batik, uluran kayu dan sebagainya.
b) Harmoni dalam catan dihasilkan melalui olahan warna, bentuk, susunan, ruang dan imbangan.
c) Harmoni dalam seni arca dihasilkan melalui ulangan bentuk dan ruang.
b) Harmoni dalam catan dihasilkan melalui olahan warna, bentuk, susunan, ruang dan imbangan.
c) Harmoni dalam seni arca dihasilkan melalui ulangan bentuk dan ruang.
Tajuk: Nurani
Pelukis: Sulaiman Isa
Karya Sulaiman Isa menengahkan karya seimbang, berulang dan warna yang harmoni.
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Catan
Karya Van Gogh menerampilkan warna yang harmoni dan kesan- kesan garisan yang beralun dan berulang- ulang.
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Catan
Karya Van Gogh menerampilkan warna yang harmoni dan kesan- kesan garisan yang beralun dan berulang- ulang.
Harmoni dalam Penghasilan Karya Seni
- Harmoni boleh dihasilkan dalam karya berbentuk dua dimensi atau tiga dimensi.
- Ia boleh dilakukan melalui ulangan motif dalam proses capan batik blok, anyaman, tenunan, ukiran kayu dan sebagainya.
- Reka letak muka taip, ilustrasi, dan warna dalam bidang seni grafik dan komunikasi seperti poster, kulit buku, simbol, pembungkusan dan sebagainya.
- Interpretasi tema melalui unsur dan prinsip seni, teknik dan media dalam catan.
- Harmoni dalam corak dihasilkan melalui gabungan unsur- unsur seni seperti rupa dan warna.
Harmoni dalam corak seni bina.
Harmoni dalam rekaan rupa corak yang berulang.
Harmoni dalam reka bentuk kulit buku.
Tujuan Harmoni
1. Kesatuan
- Kesan kesatuan melalui harmoni boleh dihasilkan melalui ulangan unsur- unsur seni dengan cara mendekatkan, merapatkan, tindihan, dan sama arah.
2. Ketenangan
- Kesan ketenangan melalui harmoni terhasil dengan cara garisan- garisan selari, rupa seakan- akan sama melalui penggunaan warna sewarna atau penggunaan warna harmoni.
- Harmoni boleh menghasilkan kesan seimbang melalui gubahan objek yang sama saiz dan sama pemberatan pada setiap sudut.
- Objek- objek itu berupa pengulangan rupa, bentuk atau garisan.
- Dalam kraf ukiran kayu, unsur keseimbangan dan kesatuan amat dititikberatkan terutamanya pada awan larat yang menampakkan perulangan motif.
Kesan harmoni dan keseimbangan pada ukiran kayu.
Harmoni pada corak kain pelangi berasaskan perulangan unit- unit motif flora dan geometri. Susunan berasaskan struktur grid sebagai panduan reka letak motif- motif berkenaan.
Harmoni pada seni tembikar adalah melalui perulangan motif ragam hiasnya seperti motif bunga, geometri atau gaya organik. Hiasan biasanya terletak di bahagian badan dan kepala tembikar.
Harmoni pada kraf wau dapat dilihat melalui penggunaan warna harmoni dan corak bersambung serta berulang- ulang. Keseimbangan sentiasa dititikberatkan.

No comments:
Post a Comment