- Kontra adalah ciri- ciri yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan.
- Sesuatu reka bentuk dan gubahan mempunyai unsur kontra bagi menarik perhatian selain mewujudkan kesan fokus terhadap karya berkenaan.
- Fungsi kontra adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan menimbulkan pergerakan.
Kontra pada alam semula jadi
- Alam sekeliling kita memperlihatkan kesan kontra seperti:
b) Pasir putih di persisiran pantai berkontra dengan warna laut dan warna tumbuh- tumbuhan.
Kontra pada benda buatan manusia
Kontra pada sayap rama- rama
Kontra bentuk tumbuh- tumbuhan
Kontra warna pada alam semula jadi
Kontra pada benda buatan manusia
- Benda buatan manusia banyak terdapat unsur- unsur kontra untuk menarik perhatian.
Seni bina
Kulit buku
Pengangkutan
Cara- cara Menghasilkan Kesan Kontra
- Kontra dapat dihasilkan melalui perbezaan unsur- unsur seni atau penggunaan benda- benda bertentangan.
- Kontra saiz- perbezaan besar atau kecilnya sesuatu unsur memberi kesan kontra untuk menarik perhatian umum.
- Kontra garisan- garisan boleh menghasilkan kontra melalui garisan yang berbeza watak, kedudukan yang bertentangan, saiz yang berbeza dan sebagainya.
- Kontra rupa- rupa boleh menghasilkan kesan kontra melalui pertentangan rupa bulat dan persegi, abstrak dan realistik, cantik dan buruk dan sebagainya.
Perbezaan saiz mewujudkan kontra
Unsur kontra dihasilkan melalui perbezaan jenis dan arah garisan. Perbezaan saiz garisan juga digunakan untuk melahirkan rupa bentuk sesuatu benda.
- Kontra warna- penggunaan warna- warna bertentangan menghasilkan kesan kontra seperti warna panas dan warna sejuk, terang dan gelap, merah dan hijau, atau warna- warna penggenap yang lain.
Perhatikan catan di atas. Warna merah berkontra dengan warna latar belakang. Kesan kontra ini diperkukuh dengan warna hijau untuk mengenali imej objek.
- Kontra jalinan- Kontra jalinan dapat dihasilkan melalui kesan permukaan yang kasar, licin, kesat, perbezaan kesan jalinan dan sebagainya.
- Kontra arah- kontra dihasilkan melalui pertentangan arah seperti ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan.
- Kontra ruang- dihasilkan melalui ruang yang luas dan sempit selesa dan kosong, negatif dan positif, jauh dan dekat.
Aplikasi Kontra dalam Gerak Kerja Seni Visual
a) Seni Grafik
- Kontra merupakan unsur penting sebagai daya penarik untuk menyampaikan maklumat.
- Mesej yang berkesan adalah melalui kejelasan dan keringkasan elemen- elemen yang terkandung dalam gubahan.
Kontra warna imej ilustrasi dalam risalah
Kontra muka taip
Kontra muka taip
- Motif corak dalam kraf tradisional mempunyai unsur kontra untuk mewujudkan nilai estetika dan sebagai daya penarik.
c) Seni Halus
- Setiap karya seni halus mengandungi kontra untuk mewujudkan kesan fokus.
- Kesan kontra juga diwujudkan untuk melahirkan ruang jauh dan dekat melalui warna sejuk, warna hangat atau melalui kejelasan dan kekaburan objek.
No comments:
Post a Comment