Thursday, 16 April 2020

Penegasan

Pengenalan

  • Penegasan merupakan pusat tumpuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap sesuatu perkara.
  • Ia berlaku kerana terdapat sesuatu unsur yang menonjol di dalamnya.
  • Di samping itu, ia bertujuan untuk mengelakkan kebosanan.
  • Dalam istilah lain, ia juga dikenali sebagai titik fokus atau "focal point".
  • Penegasan boleh diaplikasikan pada ruang, objek, tema atau gaya sesuatu rekaan. 
  • Penegasan boleh wujud melalui elemen kontra atau unsur keganjilan dalam sesuatu gubahan.
  • Dalam seni, penegasan dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti jalinan dan garisan.
Penegasan pada alam ciptaan Tuhan
Lilies: How to Plant, Grow, and Care for Lily Flowers | The Old ...
Penegasan pusat bunga yang berbeza

7 million blooms in Holland's largest flower garden
Susunan bunga yang berlainan warna dalam lanskap

Penegasan pada benda ciptaan manusia


Lukisan Corak Batik Terengganu | Cikimm.com
Penegasan warna dan corak pada batik

Arabian Gambus Oud, Music & Media, Music Instruments on Carousell
Penegasan melalui hiasan corak pada alat muzik tradisional

Fungsi Penegasan

  • Untuk menarik perhatian.
Girl Watercolor Painting at Rs 2000 /square feet | Watercolor ...
Catan di atas menggunakan unsur warna untuk mewujudkan penegasan. Melalui kontra warna, pemerhati akan melihat lebih lanjutan tujuan dan mesej pelukis.
  • Menimbulkan tumpuan dan fokus.
Senarai Poster Membaca Jambatan Ilmu Yang Hebat Dan Boleh Di Muat ...
Perhatikan warna merah pada blok huruf dalam gambar poster di atas. Blok huruf merah dihasilkan untuk mewujudkan kesan fokus keseluruhan mesej poster yang bertemakan "Dadah". 


  • Untuk mengelakkan kebosanan.




Monday, 13 April 2020

Kontra

Pengenalan
  • Kontra adalah ciri- ciri yang bertentangan atau bercanggah  dalam sesuatu gubahan.
  • Sesuatu reka bentuk dan gubahan mempunyai unsur kontra bagi menarik perhatian selain mewujudkan kesan fokus terhadap karya berkenaan.
  • Fungsi kontra adalah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan menimbulkan pergerakan.
Kontra pada alam semula jadi
  • Alam sekeliling kita memperlihatkan kesan kontra seperti:
a) Warna bunga raya berkontra dengan daunnya.
b) Pasir putih di persisiran pantai berkontra dengan warna laut dan warna tumbuh- tumbuhan.


The Subtle Butterfly Migrations of Taiwan - Travelogues from ...
Kontra pada sayap rama- rama

Plan your next trip to Beijing: lotus in bloom at Old Summer ...

Kontra bentuk tumbuh- tumbuhan

Rafelsia do not have Roots, Leaves and Stem « Jai OM 18
Kontra warna pada alam semula jadi

Kontra pada benda buatan manusia

  • Benda buatan manusia banyak terdapat unsur- unsur kontra untuk menarik perhatian.
Iconic Blue Mosque in Shah Alam, Malaysia - Encircle Photos
Seni bina

Siri Berirama: Rama-rama Terbang Menari
Kulit buku

Penumpang jatuh feri, SAR diperluas ke arah utara | Astro Awani
Pengangkutan


Cara- cara Menghasilkan Kesan Kontra

  • Kontra dapat dihasilkan melalui perbezaan unsur- unsur seni atau penggunaan benda- benda bertentangan.
  • Kontra saiz- perbezaan besar atau kecilnya sesuatu unsur memberi kesan kontra untuk menarik perhatian umum.
  • Kontra garisan- garisan boleh menghasilkan kontra melalui garisan yang berbeza watak, kedudukan yang bertentangan, saiz yang berbeza dan sebagainya.
  • Kontra rupa- rupa boleh menghasilkan kesan kontra melalui pertentangan rupa bulat dan persegi, abstrak dan realistik, cantik dan buruk dan sebagainya. 
Events | Sukaseni Malaysia
Perbezaan saiz mewujudkan kontra

Pendidikan Seni Visual - BUNGA'S
Unsur kontra dihasilkan melalui perbezaan jenis dan arah garisan. Perbezaan saiz garisan juga digunakan untuk melahirkan rupa bentuk sesuatu benda.

  • Kontra warna- penggunaan warna- warna bertentangan menghasilkan kesan kontra seperti warna panas dan warna sejuk, terang dan gelap, merah dan hijau, atau warna- warna penggenap yang lain.
Shiny Tomatoes Painting by Tammy Crawford

Perhatikan catan di atas. Warna merah berkontra dengan warna latar belakang. Kesan kontra ini diperkukuh dengan warna hijau untuk mengenali imej objek.
  • Kontra jalinan- Kontra jalinan dapat dihasilkan melalui kesan permukaan yang kasar, licin, kesat, perbezaan kesan jalinan dan sebagainya.
  • Kontra arah- kontra dihasilkan melalui pertentangan arah seperti ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan.
  • Kontra ruang- dihasilkan melalui ruang yang luas dan sempit selesa dan kosong, negatif dan positif, jauh dan dekat.
Aplikasi Kontra dalam Gerak Kerja Seni Visual

a) Seni Grafik
  • Kontra merupakan unsur penting sebagai daya penarik untuk menyampaikan maklumat.
  • Mesej yang berkesan adalah melalui kejelasan dan keringkasan elemen- elemen yang terkandung dalam gubahan. 

Brochure Melaka by tourismmelaka - issuu
Kontra warna imej ilustrasi dalam risalah

Sunway Lagoon Theme Park - Tourism Selangor | Tourism Selangor
Kontra muka taip


b) Corak Kraf Tradisional
  • Motif corak dalam kraf tradisional mempunyai unsur kontra untuk mewujudkan nilai estetika dan sebagai daya penarik. 
c) Seni Halus

  • Setiap karya seni halus mengandungi kontra untuk mewujudkan kesan fokus.
  • Kesan kontra juga diwujudkan untuk melahirkan ruang jauh dan dekat melalui warna sejuk, warna hangat atau melalui kejelasan dan kekaburan objek.

Tuesday, 7 April 2020

Harmoni

Pengenalan

  • Dalam istilah bahasa, harmoni membawa maksud aman dan damai.
  • Harmoni dihasilkan melalui susunan atau ulangan unsur- unsur seni yang sesuai dan seimbang serta yang berhubung kait.
  • Contohnya, warna serangga berharmoni dengan habitatnya.
  • Harmoni dapat mewujudkan kesan keselarasan kerana tiada wujud ciri- ciri percanggahan di dalamnya.
  • Harmoni juga mewujudkan kesan keselesaan, kesesuaian, keseragaman, ketenangan dan kesatuan.
1. Harmoni pada alam ciptaan Tuhan


a) Harmoni wujud pada objek- objek alam seperti garis- garis jalinan kulit kerang, sisik- sisik badan ikan, jalur- jalur corak siput, susunan bulu burung, urat- urat dan sebagainya.

2. Harmoni pada benda- benda buatan manusia

a) Harmoni wujud pada objek- objek seperti corak anyaman, bingkai cermin mata, tingkap atau ruang udara bangunan, corak batik, uluran kayu dan sebagainya.
b) Harmoni dalam catan dihasilkan melalui olahan warna, bentuk, susunan, ruang dan imbangan.
c) Harmoni dalam seni arca dihasilkan melalui ulangan bentuk dan ruang.


Encountering globalisation: the work of Sulaiman Esa from the ...
 Tajuk: Nurani
Pelukis: Sulaiman Isa

Karya Sulaiman Isa menengahkan karya seimbang, berulang dan warna yang harmoni.

Van Gogh and the Seasons is a sensitively curated crowd-pleaser ...
Pelukis: Vincent Van Gogh
Media: Catan

Karya Van Gogh menerampilkan warna yang harmoni dan kesan- kesan garisan yang beralun dan berulang- ulang.


Harmoni dalam Penghasilan Karya Seni

  • Harmoni boleh dihasilkan dalam karya berbentuk dua dimensi atau tiga dimensi.
  • Ia boleh dilakukan melalui ulangan motif dalam proses capan batik blok, anyaman, tenunan, ukiran kayu dan sebagainya.
  • Reka letak muka taip, ilustrasi, dan warna dalam bidang seni grafik dan komunikasi seperti poster, kulit buku, simbol, pembungkusan dan sebagainya.
  • Interpretasi tema melalui unsur dan prinsip seni, teknik dan media dalam catan.
  • Harmoni dalam corak dihasilkan melalui gabungan unsur- unsur seni seperti rupa dan warna.
Jom Melawat Putrajaya – Findbulous Travel
Harmoni dalam corak seni bina.

9 Beautiful Rangoli Ideas To Try Out This Festive Season
Harmoni dalam rekaan rupa corak yang berulang.

Grup Buku Karangkraf -NOTEBOOK CHICHI & CHACHA
Harmoni dalam reka bentuk kulit buku.

Tujuan Harmoni

1. Kesatuan
  • Kesan kesatuan melalui harmoni boleh dihasilkan melalui ulangan unsur- unsur seni dengan cara mendekatkan, merapatkan, tindihan, dan sama arah.
2. Ketenangan
  • Kesan ketenangan melalui harmoni terhasil dengan cara garisan- garisan selari, rupa seakan- akan sama melalui penggunaan warna sewarna atau penggunaan warna harmoni.
3. Keseimbangan
  • Harmoni boleh menghasilkan kesan seimbang melalui gubahan objek yang sama saiz dan sama pemberatan pada setiap sudut.
  • Objek- objek itu berupa pengulangan rupa, bentuk atau garisan. 
  • Dalam kraf ukiran kayu, unsur keseimbangan dan kesatuan amat dititikberatkan terutamanya pada awan larat yang menampakkan perulangan motif.
Terengganu My Heritage: Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja ...
Kesan harmoni dan keseimbangan pada ukiran kayu.

Batik: Batik Pelangi
Harmoni pada corak kain pelangi berasaskan perulangan unit- unit motif flora dan geometri. Susunan berasaskan struktur grid sebagai panduan reka letak motif- motif berkenaan.

Tembikar Sarawak | Shot taken during my family trip to Kuchi… | Flickr
Harmoni pada seni tembikar adalah melalui perulangan motif ragam hiasnya seperti motif bunga, geometri atau gaya organik. Hiasan biasanya terletak di bahagian badan dan kepala tembikar.

Wau Traditional Wau bulan malaysia | Shopee Malaysia
Harmoni pada kraf wau dapat dilihat melalui penggunaan warna harmoni dan corak bersambung serta berulang- ulang. Keseimbangan sentiasa dititikberatkan.


Prinsip Rekaan


  • Prinsip rekaan merujuk kepada cara pengolahan enam jenis unsur seni.
  • Terdapat tujuh prinsip rekaan yang penting iaitu:

      a) Harmoni

      b) Kontra
      c) Penegasan 

      d) Imbangan

      e) Irama dan pergerakan 
      f) Kepelbagaian
      g) Kesatuan
  • Prinsip rekaan mempunyai ciri- ciri dan fungsi tertentu. Seseorang pereka cipta seni sering mengaplikasikan satu atau lebih daripada satu prinsip dalam sesuatu karya seni visual untuk menimbulkan gambaran atau suasana yang ingin dikemukakan.

Friday, 3 April 2020

Warna

Pengenalan

  • Jika kita bayangkan suasana disekeliling kita semuanya berwarna kelabu, maka perasaan kita juga akan menjadi suram dan tidak ceria.
  • Cuba bayangkan sekiranya warna tidak wujud? Sudah tentu kehidupan kita tidak ceria dan menjemukan.
  • Manusia menggunakan warna untuk pelbagai tujuan sama sebagai simbol, sebagai daya penarik, gambaran perasaan atau menggambarkan budaya masyarakat.
  • Warna ialah kesan tindak balas cahaya terhadap sesuatu permukaan objek. Para pelukis menggunakan pelbagai warna dalam catan mereka untuk menunjukkan suasana dan waktu.
  • Perhatikan kedua- dua lukisan J.M.W Turner dan Claude Monet yang melukis tentang suasana matahari terbit dan terbenam.
Tajuk: Sunset Rouen
Pelukis: J.M.W Turner
Media: Cat Minyak

Tajuk: Impression Sunrise
Pelukis: Claude Monet
Media: Cat Minyak

Roda Warna
  • Roda warna merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisa dan memilih warna yang sesuai dalam gubahan.
  • Jenis- jenis warna yang terkandung dalam roda warna ialah:

a) Warna premier (asas)

b) Warna sekunder 

c) Warna tertier


Roda warna adalah bahan rujukan asas dalam menganalisa warna.





Jenis- jenis Warna



a) Warna asas 

- Warna asas juga dikenali sebagai warna utama.

- Ia terdiri daripada warna biru, kuning dan merah.

- Warna ini tidak dapat dihasilkan dengan campuran warna- warna lain namun warna- warna ini dapat menghasilkan warna lain.
- Warna asas sesuai untuk menghasilkan poster atau logo.

b) Warna Sekunder
- Warna sekunder dihasilkan melalui campuran dua warna asas (utama).
- Warna- warna itu ialah jingga, ungu dan hijau.



c) Warna tertier
- Warna tertier dihasilkan melalui campuran dua warna yang bersebelahan dalam roda warna.
- Ia melibatkan satu warna asas dan satu warna sekunder.

Nilai Warna

  • Nilai warna terbahagi kepada dua iaitu:

a) Tona warna
b) Warna kroma

a) Tona warna

  • Tona warna ialah kadar kecerahan dan kegelapan warna pada bahagian- bahagian tertentu.
  • Tona warna cerah boleh dihasilkan melalui campuran warna cerah iaitu putih atau kuning dengan satu warna lain.
  • Campuran warna gelap seperti hitam dan biru dengan satu warna lain akan menghasilkan ton warna gelap.
Cool Tones Color Palette


Penghasilan ton warna melalui campuran warna terang dan warna gelap.

Skin Tone Color Palette


b) Warna kroma
  • Warna kroma ialah nilai ukuran kuasa sesuatu warna dan ia merujuk kepada kecerahan dan kepudaran warna.
  • Campuran dua warna terang akan mencerahkan hasil campuran tersebut seperti merah dan kuning.
  • Campuran dua warna gelap akan memudarkan hasil campuran warna tersebut seperti hijau dan biru.
Gubahan Warna
  • Gubahan warna boleh ditaksirkan melalui tiga cara iaitu:
a) Gubahan sewarna
b) Warna penggenap
c) Warna harmoni

a) Gubahan sewarna atau monokroma
  • Gubahan sewarna ialah kesan gubahan satu warna yang dihasilkan dalam pelbagai ton.
  • Gubahan sewarna dapat dihasilkan dengan mencampurkan warna putih atau air untuk mendapatkan kesan terang manakala campuran warna hitam pula akan melahirkan warna gelap.
  • Ton warna sewarna merujuk kepada sifat tua atau muda sesuatu warna.
Monochrome Painting: Definition (Art Glossary)
Teknik warna sewarna menghasilkan kesan ruang jauh dan dekat.
Bouzouki Monochrome by Delia Parvu in 2020 | Greek art, Art ...
Teknik warna sewarna boleh menghasilkan kesan bentuk.
Camouflage wallpaper in black, white and silver in 2020 ...
Gubahan yang menggunakan satu warna dalam beberapa ton.

b) Warna penggenap
  • Warna penggenap ialah warna- warna yang bertentangan dalam roda warna.
  • Warna penggenap memberi kesan kontra, kejelasan, pertentangan dan getaran.
  • Campuran dua warna penggenap akan menghasilkan warna neutral.
The Secret to Using Complementary Colors Effectively
Pasangan warna penggenap:
Ungu dan kuning
Jingga dan biru
Hijau dan merah


c) Warna harmoni

  • Warna harmoni ialah kumpulan dua warna atau lebih warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna dan dikenali juga sebagai warna sekeluarga.
  • Warna- warna harmoni menimbulkan kesan selesa, tenang, menarik, tenteram, lembut dan sebagainya.
  • Warna- warna harmoni digunakan dalam seni reka hiasan dalaman, kertas dinding, corak kain dan sebagainya.
  • Contoh- contoh warna harmoni:
Kuning- Jingga- Merah

Merah- Ungu- Biru
Biru- Hijau- Kuning
Jingga- Merah- Ungu
Ungu- Biru- Hijau

The Red Room Painting at PaintingValley.com | Explore collection ...

Penggunaan warna harmoni dalam seni reka hiasan dalaman dan corak kain.

Batik Indonesia: Gambar Batik Pelangi

Suhu Warna
  • Pelukis menggunakan warna yang berlawanan untuk menggambarkan perasaan mereka serta suasana alam semasa melukis.
  • Satu warna diamati melalui emosi nilai estetiknya.
a) Warna panas
  • Warna panas terdiri daripada warna- warna antara kuning hingga ke merah ungu.
  • Warna- warna yang paling panas ialah kuning, jingga, dan merah serta terdiri daripada objek pancaran cahaya tenaga seperti api atau matahari.
  • Warna panas berfungsi untuk suasana riang, bersemangat, cemas, peperangan, dramatik dan sebagainya.
  • Juga dikenali sebagai warna garang.
Warm Colours | Color Palette | Html Colors
Contoh warna panas.

The warm colour of the sunset - beautiful nature
Warna kuning, jingga dan merah dikaitkan dengan warna matahari, api dan kepanasan.

b) Warna sejuk
  • Warna sejuk terdiri daripada warna biru, ungu, hijau, serta warna sewarna dengannya dalam roda warna.
  • Warna- warna sejuk dikaitkan dengan air, langit, gunung, tumbuh- tumbuhan dan sebagainya.
  • Warna ini juga menimbulkan perasaan kedamaian, sedih, dingin dan tenang.
  • Ia mempunyai nilai kuasa warna rendah dan digunakan untuk warna latar dan ruang yang jauh.
  • Pereka dalaman menggunakan warna- warna sejuk untuk menimbulkan suasana yang selesa, damai, dan dingin.
  • Warna ini juga dikenali sebagai warna lembut.

palette | Color palette, Palette
Contoh warna sejuk.

Cool Colour paintings
Warna sejuk memberi ilusi kebelakangan, jauh, aman, tenteram dan dingin.

Thursday, 2 April 2020

Ruang

Pengenalan
  • Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan juga dalam karya seni.
  • Ruang merupakan satu kawasan kosong tanpa halangan.
  • Ruang tetap wujud walaupun tanpa benda.
  • Ruang wujud dalam bentuk fizikal seperti ruang pada arca, perabot, bangunan, dan sebagainya. Ruang ilusi pula seperti catan, grafik dan lain- lain yang dihasilkan melalui media pen, pensel, berus dan sebagainya.
Jenis- jenis Ruang
a) Ruang Fizikal
  • Dikenali juga sebagai ruang konkrit atau ruang nyata.
  • Ruang fizikal terdapat di persekitaran seperti bangunan, arca, tembikar dan segala bentuk 3 dimensi.
  • Antara ruang yang terdapat pada bangunan ialah ruang legar, ruang tamu, ruang pejabat dan sebagainya.
b) Ruang ilusi
  • Dikenali juga sebagai ruang tampak.
  • Ruang ilusi adalah ruang yang terdapat dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.
  • Ruang lukisan atau catan diibaratkan sebagai pemandangan luar jendela.
  • Bingkai lukisan pula diterima sebagai jendela. Melaluinya seseorang melihat ke dalam alam yang lain terbendung dalam bidang gambar itu.
  • Terdapat tiga jenis ruang ilusi:
1) Ruang dalam
  • Elemen- elemen seni yang mempunyai kesan infiniti seperti perubahan saiz, imej berton, kejelasan dan kekaburan serta perspektif yang memperlihatkan kesan ruang.
  • Dikenali juga sebagai ruang atmosfera.
  • Pemerhati seolah- olah bergerak kehadapan bersama- sama dengan ilusi karya.
2) Ruang cetek
  • Ruang yang terhad dan boleh diukur peringkat kedalamannya.
  • Ruang ini terbatas dalamannya seperti dalam lingkungan antara dinding ke dinding atau dihalang oleh sesuatu halangan.
  • Ruang jenis ini sering wujud dalam karya berbentuk figuratif, grafik, dan lukisan karikatur.
3) Ruang rata
  • Terhasil apabila lukisan elemen objek atau elemen- elemen gambaran dilukis pada satah yang sama kelihatan rata.
  • Olahan meliputi imbangan simetri atau asimetri.
  • Ruang yang terhasil kelihatan dalam keadaan rata dan sama pada suatu garisan ufuk.
Kaedah Menghasilkan Ruang

a) Perubahan saiz
  • Ruang boleh dihasilkan melalui reka letak sesuatu unsur seni.
  • Ia boleh melibatkan dua atau lebih objek yang terdiri daripada garisan, rupa, bentuk atau warna.
b) Reka letak
  • Ruang boleh dihasilkan melalui reka letak sesuatu unsur seni.
  • Ia boleh berupa persegi, bulatan, tiga segi dan sebagainya.
  • Ia boleh juga berupa bentuk konkrit atau ilusi.
c) Tindihan
  • Ruang boleh dihasilkan melalui tindihan rupa, warna atau bentuk.
d) Lutsinar
  • Kesan- kesan lutsinar dapat menghasilkan ruang.
  • Ia boleh dilakukan melalui tindanan warna cair di atas warna yang lain.
  • Teknik catan warna air menggunakan teknik ini.
e) Imej tajam dan kabur
  • Imej tajam dan kabur boleh menghasilkan ruang objek.
  • Objek- objek yang dekat mempunyai jalinan dan garis sempadan yang tepat dan tetap manakala objek yang jauh tidak jelas garis sempadannya.
f) Bayang- bayang
  • Kesan bayang- bayang sesuatu objek melahirkan kesan ruang.
  • Ia boleh dikesan melalui kadar kegelapan atau saiz bayang yang wujud pada sesuatu permukaan.
g) Garisan tertumpu
  • Garisan- garisan yang secara dasarnya merupakan garis selari tetapi apabila ia tertumpu pada satu titik, ruang akan terhasil.
h) Warna
  • Warna dapat menonjolkan ruang dalam sesuatu kegiatan seni.
  • Dengan menggunakan warna gelap sebagai latar belakang, warna- warna cerah yang wujud akan menonjolkan ruang hadapan atau ruang terdekat.
  • Warna latar cerah pula akan menimbulkan warna- warna gelap menonjol ke hadapan atau ruang yang terdekat.

Tuesday, 31 March 2020

Jalinan

Pengenalan
  • Jalinan ialah sifat dan kesan- kesan yang memecahkan kualiti permukaan sesuatu objek seperti kasar, halus, kesat, licin dan lain- lain.
  • Sifat permukaan sesuatu objek itu boleh dikesan secara tampak atau sentuhan.
  • Jalinan boleh didapati di permukaan objek- objek alam semula jadi dan objek buatan manusia.
  • Sesuatu jalinan mungkin selicin cermin, selembut sutera, sekesat kulit kayu atau setajam duri landak.
  • Kita dapat menjadikan sesuatu lukisan lebih menarik dengan menambahkan jalinan.
Jalinan semula jadi ciptaan Tuhan

Edible Indoor Pineapple Plant - Ananas comosus. | YouGarden
Buah nanas mempunyai jalinan kasar, berduri dan tajam

Carambola (Starfruit) – Fruit & Spice Park
Buah belimbing mempunyai jalinan licin

Jalinan buatan manusia

All Passengers Safe As Monorail Conducts Train To Train Evacuation ...
Jalinan sebagai hiasan

Inilah Teknik-Teknik Membatik yang Harus Sahabat Ketahui!
Jalinan dalam kraf batik


Jenis- jenis Jalinan
  • Jalinan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak.
a) Jalinan sentuh
  • Jalinan sentuh dapat dirasai melalui deria sentuh dan boleh dilihat.
  • Antara contoh- contoh jalinan sentuh alam semula jadi ialah kulit kacang, kulit pokok dan buah durian.
  • Antara contoh- contoh jalinan sentuh buatan manusia ialah rantai, tayar kereta, tikar, tuala dan bakul anyaman.
  • Dalam catan, jalinan sentuh boleh dihasilkan melalui catan teknik impasto iaitu palitan warna tebal.

Jalinan sentuh semula jadi



8 Things You Need To Know About Durian Fruit: The World's ...

Kulit buah durian



kerang - KELUARGA

Kulit kerang
500+ [HQ] Wooden Pictures | Download Free Images on Unsplash
Permukaan kayu

People Are Just Realising How Long Owls Legs Are And It's Freaking ...
Bulu burung

Jalinan sentuh buatan manusia


Jangka Hayat Tayar Kereta (Wajib Tahu Kalau Pandu Kereta)
Permukaan tayar

Koleksi duit syiling Malaysia (Malaya) - Unikversiti
Duit syiling

AlifGold: Jenis-jenis rantai leher?
Rantai


b) Jalinan Tampak
  • Merupakan kesan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan.
  • Jalinan ini boleh dilihat secara ilusi pada benda alam dan juga karya seni.
  • Contoh jalinan tampak ialah kertas pembalut, corak kain capan, kulit tembikai, sayap rama- ramadan lain- lain.

Jalinan tampak semulajadi



Watermelon | Discover Magazine

Kulit buah tembikai

Apr 4 Breastfeeding Questions Answered with Board Certified ...
Kepak rama- rama

Fish scales made into biodegradable energy generator | TreeHugger
Sisik ikan

Jalinan tampak buatan manusia


Tajuk: Bulan & bintang di langit hatiku
Pelukis: Ismail Latiff
Media: Catan

Mengenal Kain Batik Buatan Indonesia — Steemit
Corak kain


Sifat- sifat Jalinan
  • Terdapat pelbagai jenis sifat jalinan yang terdapat pada alam semula jadi dan buatan manusia.
  • Sifat- sifat jalinan ini dimanipulasi oleh pelukis untuk memberi kesan lukisan objek yang lebih terperinci dan realistik.
  • Antara sifat- sifat jalinan ialah:
a) Kasar seperti kulit ikan pari, kulit kayu atau kertas pasir.
b) Lembut seperti permaidani, kain, kapas atau bulu haiwan.
c) Tajam seperti kulit buah durian.
d) Halus seperti sayap rama- rama dan kain sutera.
e) Licin seperti permukaan cermin, kulit buah pisang, dan lain- lain.


DSC_0655 Kulit kayu | Kalau diperhatikan betul-betul anda ak… | Flickr
Kasar

Why do cats have slit-shaped eyes? | Cosmos
Lembut

4Ft X 3Ft (122cm X 91cm) Mirror Glass 4 Holes Home Gym Or Bathroom ...
Licin

In Summer, Eat Pineapple! | Features | Okinawa Travel Info
Tajam

Pure Silk – Jakel
Halus


Fungsi- fungsi Jalinan

a) Jalinan sebagai pernyataan
  • Jalinan boleh dihasilkan melalui penggunaan pen, pensel, kapur, dan sebagainya.
  • Jalinan dihasilkan melalui penggunaan bahan seperti buluh, rotan, benang, dan sebagainya untuk menjadikan benda.
b) Jalinan sebagai hiasan
  • Jalinan dihasilkan untuk nilai estetik atau seni grafik.
  • Jalinan juga digunakan untuk hiasan berfungsi.
c) Jalinan manipulasi pelukis
  • Jalinan digunakan oleh pelukis sebagai elemen menyampaikan maklumat.
  • Pelukis menggunakan jalinan juga untuk melahirkan ton, bentuk serta ruang pada karyanya.
  • Sebagai contoh, lukisan berjudul Sunflower karya Vincent Van Gogh. Lihat bagaimana warna yang pekat dapat menjadikan lukisan kelopak bunga kelihatan realistik. Ia terhasil melalui menambah jalinan pada imej berkenaan.
Tajuk: Sunflower
Pelukis: Vincent Van Gogh


d) Jalinan mencipta ruang
  • Jalinan berupaya untuk menukar kualiti kawasan kosong dan satu warna untuk menghasilkan ruang.
  • Jalinan digunakan untuk melahirkan kesan 3 dimensi sehingga menghasilkan bentuk dan ruang dalam satah gambar.
e) Jalinan sebagai perlindungan dan keselamatan
  • Jalinan memberi perlindungan daripada musuh.
  • Terdapat haiwan yang mempunyai jalinan serta warna seakan- akan sama dengan persekitaran dan membolehkannya membuat penyamaran seperti rama- rama, ketam, ikan dan belalang.
  • Kulit buah durian yang berduri memberi perlindungan isi buah tersebut.
Jalinan sebagai perlindungan melalui penyamaran suasana persekitaran


Bunga tayar yang berjalinan memberi cengkaman yang baik ketika kenderaan bergerak di permukaan licin atau berair

Teknik Menghasilkan Jalinan


Jalinan dapat dihasilkan melalui pelbagai teknik selain daripada teknik formal melukis iaitu melalui anyaman, tenunan, capan, pualaman, kolaj dan sebagainya.

a) Teknik Gosokan
  • Jalinan sentuh pada sesuatu objek boleh dipindahkan ke atas permukaan rata untuk menghasilkan jalinan tampak.
  • Teknik ini akan menghasilkan jalinan yang lebih halus, asli dan nyata dengan objek sebenar.
b) Teknik Anyaman
  • Teknik anyaman boleh menghasilkan corak yang indah dan menarik.
  • Antara motif atau kelarai anyaman yang terkenal ialah kelarai bunga melur dan kelarai pecah lapan.
c) Cetakan
  • Jalinan boleh dihasilkan melalui torehan, ketukan dan garisan.
  • Penggunaan pisau ukir tajam serta kayu lembut (jelutung) memudahkan kerja- kerja mengukir.
  • Dakwat cina yang dicampur kanji adalah bahan gantian warna minyak untuk cetakan lino.
  • Bahan- bahan tumbuhan seperti batang betik dan kacang bendi boleh dicap terus di atas kertas.
  • Teknik kolograf iaitu menggunakan bahan- bahan berjalinan juga boleh menghasilkan karya yang baik.
d) Teknik Pualaman
  • Teknik yang mudah dan menarik hasilnya.
  • Proses teknik ini menggunakan warna, bahantara minyak dan air. Kertas akan diterap di atas permukaan bahan tadi untuk mendapatkan jalinan.
  • Hasil teknik ini boleh dijadikan kad ucapan, kertas pembalut dan sebagainya.
e) Teknik Lukisan
  • Jalinan boleh dihasilkan dengan pelbagai media seperti pensel, pen dan berus.
  • Jalinan melalui teknik lukisan dijadikan alat atau bahasa visual seperti halus, tebal, nipis, kasar malahan mewakili objek tertentu.
f) Teknik- teknik Lain Menghasilkan Jalinan
  • Teknik- teknik lain ialah tekapan, renyukan, cakaran, sulaman, stensil, membatik, kolaj, ukiran, impasto, percikan, renjisan dan resis.